Selasa, 6 Oktober 2009

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS

Manusia dari segi fizikal, terdiri dari kumpulan sel,tulang,saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Percantuman sperma dan ovum dalam rahim ibu membentuk janin yang membesar secara berperingkat-peringkat. Setelah sempurna tempoh janin berada dalam rahim ibu, iapun lahir sebagai bayi.
Proses kejadian manusia melalui penemuan sains ini adalah tidak bercanggah dan tidak BERTENTANGAN DENGAN PENJELASAN Al-Quran dan As-Sunnah. Hanya proses peniupan roh kedalam janin sahaja yang tidak mungkin di temui oleh penyelidik sains seperti yang dijelaskan oleh ALLAH swt menerusi firmanNya yang bermaksud :

” Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".

Manusia dengan ilmu pengetahuan mereka yang terbatas, hanya manpu mengkaji perkara-perkara yang nyata sahaja. Mereka tidak mampu mengkaji roh kerana ia termasuk dalam perkara ghaib. Ini membuktikan kelemahan manusia dan menunjukkan kewujudan serta kekuasaan ALLAh swt.
Pengurnian akal kepada manusia menjadikan mereka mahkluk yang istimewa, berbanding makhluk ynag lain. Dengan akal, mereka mampu berfikir, berusaha dan mereka cipta sesuatu yang boleh meningkatkan mutu kehidupan. Firman Allah swt yang bermaksud:

”Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” .

Dengan nikmat akal, manusia mampu berfikir tentang kejadian diri mereka dan alam sekitar serat mengagumi dan menghargai kejadian-kejadian tersebut. Mereka akhirnya mengakui kewujudan Allah swt serta mengagungkan kekuasaanNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan