Selasa, 6 Oktober 2009

PENYUSUAN DUA TAHUN, ADAKAH MASIH RELEVAN?

Penyusuan Dua Tahun, Adakah Masih Relevan?


Dalam surah Luqman ayat 14 Allah menjelaskan, “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa du tahun.”

Dalam surah al-Baqarah ayat 233 pula Allah menegaskan, “Dan ibu-ibu perlu menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”

Kenyataan Quran ini relevan dengan dunia moden pada hari ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu kenyataannya menegaskan, “Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemakanan yang terbaik untuk bayi. Selepas itu bayi-bayi perlu deberikan makanan tambahan namun pemberian susu ibu mesti diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun atau lebih.” Hal ini dilaporkan di www.who.int/child-adolescent-health di bawah tajuk Nutrition Infant and Young Child.

Pada tanggal 29 Julai 2005, bersempena dengan sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia (world Breastfeeding Week),Gabungan Pertubuhan Kesihatan Amerika atau Pan American Health Organisation mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Washington D.C. Antara isi kandungan kenyataan itu adalah “Kebaikan penyusuan ibu semasa bayi sedang melalui proses pertumbuhan yang kritikal iaitu dua tahun pertama selepas kelahiran, memang tidak dinafikan lagi. Terdapat pelbagai risiko yang boleh menimpa bayi apabila tidak diberikan susuan badan antaranya mengalami cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan , jangkitan telinga dan kerencatan pertumbuhan mental.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan