Rabu, 7 Oktober 2009

IBADAH SEBAGAI TUJUAN HIDUP

Manusia dijadikan Allah sebagia Khalifah di muka bumi.Allah mengisytiharkan perlantikan ini dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud, “(Dan ingatlah) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat ‘Sesungguhnya aku akan menjadikan di bumi, khalifah.” Di dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir, Said Hawa berkata, “(khalifah) ialah Nabi Adam dan zuriat-zuriatnya.”
Tugas sebagai khalifah adalah satu tugas berat. Mereka wajib beribadah kepada Allah di muka bumi. Malah ibadah adalah tujuan hidu mereka.Inilah ketetapan Ilahi sebagaiman yang dinyatakan dalam surah az-Zariyat ayat 56, “Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.”
Ibadah mempunyai kriteria dan syarat-syaratmya. Dalam surah al-Baqarah ayat 112, Allah menjelaskan , “Bahkan sesiapa yang meyerahkan dirinya kepada Allah di samping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran di sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita.”
Berhubung dengan ayat ini, dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Ibnu Kathir berkata, “(Ayat ini) menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima (oleh Allah).”
Justeru, sesuatu ibadah hanya dikira sah di sisi Allah apabila keikhlasan dan landasan syariat dijaga dan dipatuhi. Inilah dia tugas utama khalifah. Tambahan daripada itu, manusia adalah wakil Allah di muka bumi ini. Hal ini dinyatakan oleh Ibnu Jarir (sebagaimana yang dinukilkan oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir), “maksud penjelasan Allah (dalam ayat 30 surah al-Baqarah) adalah, Sesungguhnya aku menjadikan di muka bumi khalifah yang mewakiliku dalam melaksanakan hukum dan keadilan di kalangan makhluk-makhlukku.’ Sesungguhnya khalifah ini adalah Adam dan sesiapa sahaja yang mengikut jejak langkahnya dalam mentaati Allah serta melaksanakan ketetapan hukumdengan adil.”
Sememangnya amanah yang terpaksa dipikul oleh khalifah ini berat sekali, sehinggakan makhluk-makhluk lain lebih besar daripada insan tidak sanggup memikulnya. Allah menjelaskan dalam surah al-Ahzab ayat 72, “Sesungguhnya kami mengemukakan amanh kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka (insan)zalim lagi jahil.” Lihatlah, betapa makhluk-makhluk Allah seperti langit,bumi serta gunung-ganangenggan menerima amanah ini.
Walau bagaimanapun,Allah membekalkan manusia dengan alat-alat, terutamanya akal, bagi memudahkan kerjanya. Tambahan daripada itu, Allah menciptakan manusia dalam bentuk terbaik. Allah menyatakan dalam surah at-Tin ayat 4,”Sesungguhnya kami mencipta insane dalam bentuk penciptaan yang terbaik.”
Allah juga member jaminan manusia tidak akan dibebankan dengan sesuatu yang tidak disanggupunya sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 286, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”Justeru melalui ibadah manusia,sebagai khalifah , akan cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan