Rabu, 7 Oktober 2009

BAGAIMANA MENGATASI PERASAAN MARAH?

Seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Darda' r.a pernah bertanya kepada Rasulullah:
“ Wahai Rasulullah,tunjukkan kepada saya satu amalan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga”.Jawab Rasulullah: “Janganlah kamu marah”.


Insyaallah dalam ruangan ini saya akan berkongsi beberapa cara yang dapat dilakukan untuk menghilangkan atau mengurangkan marah.Antaranya ialah:
Anda boleh meluahkan perasaan marah anda,tetapi secara wajar(tegas,yakin,dan terkawal).Ia merupakan cara yang paling baik dan berkesan.Untuk melakukannya,anda mesti mengetahui cara bagaimana untuk meluahkan apa yang anda rasai.Anda seharusnya tahu apa kehendak diri dan bagaimana memenuhinya tanpa mengakibatkan kecederaan pada orang lain.Bersikap tegas pula bukan bermakna menolak atau terlalu menuntut,tetapi ia membawa maksud menghormati diri sendiri dan juga orang lain.
Cara kedua ialah dengan menahannya,iaitu dengan tidak memikirkan perkara atau peristiwa tersebut dan mengalihkan perhatian anda kepada hal lain.Tujuannya adalah untuk mengubah perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina.Namun apabila anda mengambil keputusan untuk menahan kemarahan anda, ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri kerana anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan akibat dari perasaan yang anda pendam.
Cara yang ketiga pula dengan menenangkan diri,ia boleh dilakukan dengan dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan
kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Seterusnya kita lihat lagi beberapa tip untuk menenangkan perasaan:
1. Perbanyakkanlah baca al-Quran dan zikrullah,kerana kedua-duanya merupakan kunci kepada ketenangan jiwa.
2. Perbanyakkanlah solat,kerana solat juga membina rasa ketenangan di jiwa,menghubungkan hamba dangan Tuhannya,menghakis perasaan ego dan sombong,dan meningkatkan keyakinan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini.
3. Berwuduk,sebagaimana sabda Rasulullah:“Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api.Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air.Oleh kerana itu,apabila salah seorang kamu merasa marah maka hendaklah ia berwuduk”.
4. Memohon keampunan dan perlindungan kepada Allah daripada terjebak dalam kemarahan yang tidak kena pada tempatnya.
5. Berfikirlah secara positif,jangan buang masa memikirkan kebimbangan dan tekanan,kerana ia hanya akan menambahkan kerungsingan dalam diri.
6. Ingat hari pembalasan,seteruk mana pun perbuatan seseorang,pasti akan mendapat pembalasan di akhirat kelak.

Insyaallah,dengan mengikuti beberapa langkah diatas,moga-moga kita terhindar dari melakukan perkara-perkara yang tidak diingini akibat dari perasaan marah yang meluap-luap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan