Rabu, 7 Oktober 2009

DENGAN NAMA-NYA...

Dengan nama-Nya…
Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah
Melainkan Allah
Dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Tiada satu pun yang dapat menggugat keyakinan ini
Dan tidak akan berpaling selain dari menyebut nama-Nya
Dan selawat serta salam keatas junjungan besat penghuluku
Tiada seorang pun yang dijelmakan dapat
Meluntur kepercayaan aqidahku

Dengan nama-Nya
Islamlah agamaku
Aku bersumpah solat lima waktu sehari semalam
Pegangan hidupku...tanpa mengenal penat lelah
Tanpa merasa jemu
Walaupun tergadai seluruh anggota tubuh badanku
Akan ku jihad dan jiwa dan ragaku agar tidak digolok-gadai

Dengan nama-Nya
Aku percaya akan janji serta segala ketentuan dan ketetapan
Biarpun diri ini diuji namun lidahku tidak akan berhenti
menyebut nama-Nya
Dialah yang kusembah dan kepada-Nyalah tempat aku
meminta pertolongan
Agar aku ditunjuki dengan jalan yang lurus...
Diredhai..bukan dilaknati dan dari segala kesesatan dunia yang mencabar
Dan mengaburkan pandangan

Dengan nama-Nya
Aku percaya hidup ini sementara
Tidak dapat lari dari kematian...pasti
Dunia ini hanyalah lakonan yang penuh dengan
Dugaan dan cubaan
Akhira juga tempat yang abadi penuh dengan kebahagiaan
Seperti dijanjikan


Dengan nama-Nya
Ku pohon hidayah
Semoga aku tabah dan cekal menempuh segala ujian
Semakin teguh dan kental keimanan dan kesabaranku
Segala pujianku panjatkan pada-Mu
Agar hidup ini tidak tersasar dan tersimpang jauh
Dari rahmatmu
Terimalah taubatku..ibadahku..halalkan hidup dan matiku..
Amin..

TAK KENAL MAKA TAK CINTA..

Alangkah pelik dan ganjilnya kita hamba-hamba-Nya kerana tidak mempedulikan Allah Tuhan kita.tidak mahu mengenali-Nya,Tuhan yang Maha Hebat dan Agung itu.Sedangkan sebagai hamba Allah,Dialah yang paling patut kita kenali dan cintai.betapa ruginya kita kalau tidak mengenali Allah,Tuhan pencipta kita dan alam ini.Malanglah kita kerana tidak mengenali Pemberi nikmat dan Penguasa seluruh makhluk dan dunia ini.Kita berusaha untuk mengenal doctor,pengurus syarikat,menteri,atau lainnya agar dengan mudah kita akan dapat pertolongan mereka di saat-saat kita memerlukannya.Mengapa kita tidak berusaha mengemal raja seluruh langit dan bumi,dunia dan akhirat?Pada-Nya tertakluk segala perbendaharaan langit dan bumi.

Segala kebaikan yang kita buat kerana perintah allah,untungnya semua untuk kita juga.tapi,yang terpenting dari itu,orang yang mengenal Allah dan mencintai-Nya.akan jadi orang yang berakhlak mulia dan memiliki kebaikan-kebaikan yang hakiki.Orang yang kenal siapa Tuhannya,dia akan takut dengan Tuhan,takut untuk buat dosa.Sebaliknya,jika tidak kenal Tuhan,tentu kita tidak takut,jauh sekali untuk mencintai dan merindui-Nya.Lantaran itu kita tidak takut untuk bersifat sombong,hasad dengki,mencuri,mengumpat,mengadu domba dan lain-lain.Sebab,rasa dan sikap demikian hanya boleh dikikis oleh rasa takut pada Tuhan.Takut pada selain Allah,tidak mampu membuang sifat-sifat jahat yang ada pada manusia.Buktinya,ramai yang telah menjalani hokum penjara kerana melakukan kesalahan,apabila dibebaskan,masih terus hidup dan keluar masuk penjara.


Oleh itu marilah kita mengenal Allah dan mencintai-Nya,agar kita dapat mengabdikan diri sepenuhnya.Untuk itu kita perlu mengenali Allah melalui 20 sifat wajib,20 sifat mustahil,dan satu sifat yang harus.Mengenali Allah melalui sekurang-kurangnya 99 nama-Nya.Firman Allah:
“Dia-lah Allah yang menciptakan,Yang Mengadakan,Yang Membentuk Rupa,Yang Mempunyai nama-nama Yang Baik.Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Hasyr : 24 )


Memang patutlah kita sebagai hamba mengenali Allah sahaja jatuh cinta melalui merindui-Nya.Kebaikan Allah,kurniaan Allah yang begitu banyak,Pengasih-Nya,Pemurah-Nya,Pemaaf-Nya,dan Sabar-Nya sungguh mengkagumkan,maka patutlah kita memuji-Nya sepenuh hati.Sedangkan kebaikan manusia yang kebaikannya tidak seberapa pun kita sudah rela berkorban apa sahaja kerananya.inikan pula kepada Allah yang memberi segala-galanya.

Kita perlu akur bahawa hidup kita untuk berbakti kepada Allah,bukan untuk manusia.Sebab segala kebaikan yang kita buat kerana perintah Allah,namun untungnya semua untuk kita juga.

Umpamanya,orang yang khusyuk dalam solat akan terhindar dari terjebak dengan perbuatan yang keji dan mungkar.Orang yang sentiasa menderma akan disayangi oleh orang lain manakala rezekinya dilipatgandakan.Orang yang menutup aurat akan terselamat dari dicemari kehormatannya.begitu pun,Allah tidak mengambil faedah darinya,sedangkan kebaikan yang kita lakukan padaa seseorang,dia yang dapat untung,kita hanya dapaat upah sahaja.

Kita patut bersyukur kerana Allah izinkan kita mengenal-Nya,mengenal sifat dan nama-Nya.Agar dengan itu,tertanam rasa kehambaan dan dicampakkanrasa cinta agung kepada Allah.Nanti datanglah rasa takut yang sungguh-sungguh serta pengabdian diri yang total untuk menjalankan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

PSIKOLOGI MELAYU : SUMBANGAN ISLAM

Psikologi Melayu : Sumbangan Islam
Melayu tradisional adalah satu bangsa yang amat menekankan nilai-nilai sosial. Nilai-nilai ini dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak bagi memastikan kelakuannya bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Konsep ‘malu’, ‘harga diri’ dan ‘maruah’ mempunyai kepentingan sosial dan nilai-nilai ini dipertahankan habis-habisan.
Orang Melayu dahulu juga dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan hormat menghormati, terutamanya terhadap orang yang lebih tua dan pemimpin mereka. Penekanan terhadap adab dan kesopanan dapat diperhatikan dalam kehidupan beraja. Dalam Sejarah Melayu, dinukilkan betapa pentingnya seorang Sultan atau anak Raja memiliki akhlak yang mulia.
Bakal Sultan dilatih dan dididik agar berketrampilan di mata masyarakat. Di samping meneruskan satu imej sejak turun-temurun, maruah juga dipertaruhkan. Persepsi masyarakat ketika itu, seorang Sultan yang baik adalah Sultan yang mempunyai adab di samping sifat kebijaksanaan.
Budaya dan identiti masyarakat Melayu ketika itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang paling utama adalah kedatangan Islam ke alam Melayu. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara pada kurun ke-14 telah membawa perubahan ketara dalam peradaban masyarakat Melayu. Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, agama Islam sebenarnya telah mewujudkan identiti bangsa Melayu yang tersendiri.
Meneliti sejarah Kesultanan Melayu Melaka, kita akan mendapati permulaan satu bangsa Melayu yang bertamadun. Bermula dengan Islamnya pemimpin Melayu ketika itu, dan tindakan itu kemudiannya diikuti oleh sekalian rakyat jelata. Orang Melayu juga amat menyanjung dan menghormati golongan alim ulama dan tokoh agama. Guru-guru di zaman awal kemerdekaan dianggap sebagai profesion yang amat mulia dan disanjung tinggi.
Kehalusan budi orang Melayu yang disulam dengan keiklasan iman turut diabadikan di dalam perkataan ‘budiman’ yang mencantumkan makna budi dan iman. Budaya dan tradisi bangsa Melayu bukan sekadar disesuaikan dengan ajaran Islam, bahkan budaya itu sendiri dibina berasaskan nilai-nilai Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan sistem nilai orang Melayu hampir keseluruhannya dibentuk oleh Islam.
Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui pengaruh Islam terhadap nilai dan etika Melayu melalui buku kontroversi beliau, The Malay Dilemma. Namun, menurutnya, interpretasi yang salah terhadap agama telah menyebabkan orang Melayu terjebak dengan sikap-sikap yang lari daripada landasan agama seperti tidak berani mengambil risiko, tidak tahu merancang dan berpada dengan hidup yang sederhana. Menurutnya lagi, budaya juga merupakan antara sebab orang Melayu kian mundur berbanding bangsa lain. Budaya yang dimaksudkannya ini berpunca daripada faktor persekitaran dan bukan sifat semulajadi orang Melayu.
Antara sikap yang diperincikan Tun Dr. Mahathir adalah sikap ‘easy going’ atau sikap ‘tak mengapa’ yang menyebabkan bangsa Melayu terkebelakang dalam bidang perniagaan berbanding bangsa Cina. Sikap ini juga menyebabkannya mudah dieksploitasi dan menyerah kalah. Orang Melayu juga sering mahukan keuntungan segera serta tidak tahu menilai wang. Perkara yang sama telah diungkapkan oleh Profesor DiRaja Ungku Aziz iaitu orang Melayu hanya tahu sesuatu perkara itu banyak atau sedikit tetapi tidak tahu nilai nombor tersebut.
Dalam buku The Way Forward, Tun Dr. Mahathir telah menyalahkan penjajah di atas sikap negatif orang Melayu. Dasar pecah dan perintah British telah melemahkan masyarakat Melayu dari segenap penjuru. Berbeza pula dengan pandangan Datuk Dr. Hassan Ahmad, bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang percaya sikap malas bekerja, suka berpesta dan berpoya-poya orang Melayu adalah ciptaan penjajah Barat yang memandang rendah terhadap masyarakat Melayu atau dalam istilah mereka ‘the natives’ yang merujuk kepada masyarakat yang tidak bertamadun. Persepsi negatif terhadap orang Melayu ini pula terus dipegang oleh orang Melayu sendiri sehingga hari ini.
Menurut Dr. Sidek Fadzil, rasa tidak selamat terhadap kuasa Barat turut mendorong orang Melayu menjadi lebih Islamik. Maka sekitar 1950-an muncul nama-nama seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Pendeta Za’ba dan Profesor Zulkifli Muhammad, cendekiawan Melayu berfahaman Islam moderat yang menyemarakkan kebangkitan semula orang Melayu. Mereka adalah antara tokoh-tokoh orang Melayu yang menentang kehadiran British di Tanah Melayu ketika itu. Kesedaran untuk mengubah nasib bangsa ini sekali lagi disemarakkan oleh sentimen kebangkitan Islam selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniah.

PERBEZAAN PSIKOLOGI ISLAM DAN PSIKOLOGI BARAT

Perbezaan Psikologi Islam dan Psikologi Barat
lyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) mengatakan bahawa Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains sosial (cIlm al-cumran), iaitu sekitar tahun 1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa’, ada membincangkan akal, kewujudannya, hubungan akal dan tubuh, perasaan dan persepsi (Husain t.th.).
Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku (Husain t.th.).
Menurut Abdul Hameed Al Haslimi (1984) dari Universiti King Abdul Aziz, Al-Ghazali adalah orang yang mula-mula memberi istilah kepada kajian akal atau kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah yang sama (psikologi). Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi (Husain t.th.).
Al-Ghazali menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan keperluan-keperluan badan (Husain t.th.). Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan Barat tanpa memberikan kredit kepada pengasas ilmu tersebut.
Habibah dan Noran (1997) menyatakan bahawa dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal.
Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total kepada Allah (Mohd Nasir 1992). Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi lompang kekosongan dan mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat (Husain t.th.).
Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain (Abdul Hamid 1989). Menurut Abdul Hamid (1989), penyelidikan mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar” (Al-Quran: Al-Fussilat: 53)
“Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri” (Al-Quran: Al-Dhariyat: 20-21).
Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa (Fromm, 1950). Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku. Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat. Menurut Mahyudin Yahaya (1986):
Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut dalam bentuk bersepadu, dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik (hlm. 64).
Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin juga sebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang (Malik Badri 1980) kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali

KAWAL EMOSI DAHULU.....

Manusia adalah makhluk yang beremosi. Secara umumnya kaum wanita lebih emosi berbanding lelaki. Ini bukanlah satu kelemahan, tetapi satu kelebihan. Melalui limpahan emosi inilah, wanita menjadi tonggak sebuah negara dengan kekuatan membesarkan anak-anak yang memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.
Oleh kerana lelaki kurang beremosi, ia menghadapi kesukaran untuk menjadi suri rumah dan mendidik anak-anak di rumah. Namun, sebenarnya kurangnya emosi di kalangan kaum lelaki juga bukan tanpa kekurangan, malah satu kekuatan. Sebagai pemimpin dalam keluarga, organisasi atau negara, lelaki adalah insan yang diberi amanah mentadbir dan diberi kuasa membuat keputusan. Sesuatu keputusan seharusnya dibuat tanpa mencampur-adukkan emosi ke dalamnya.
Sun Tzu, seorang pakar strategi perang di China suatu ketika dahulu menyarankan agar seorang Jeneral perang melepaskan diri dari pengaruh emosi apabila hendak membuat sesuatu keputusan. Ini kerana jika seseorang berada dalam pengaruh emosi, persepsi terhadap sesuatu perkara akan terjejas. Ia tidak menggambarkan realiti sebenar. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud bahawa orang yang paling kuat adalah yang paling kuat menahan sifat marah. Marah adalah satu luahan emosi. Ia meletakkan nafsu di hadapan dan akal di belakang. Oleh itu, menahan kemarahan dikira sebagai satu kebijaksanaan oleh baginda.
Begitulah perancangan Allah. Dia letakkan emosi pada lelaki dan wanita dalam kuantiti dan nisbah yang sempurna. Bersesuaian dengan tugas dan peranan mereka. Allah juga tidak menjadikan sesuatu perkara untuk menyusahkan, bahkan sebagai suatu kekuatan jika kita tahu cara menggunakannya. Allah berikan kita alat, terpulang kepada kita hendak menggunakannya dengan cara yang bagaimana

BAGAIMANA MENGATASI PERASAAN MARAH?

Seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Darda' r.a pernah bertanya kepada Rasulullah:
“ Wahai Rasulullah,tunjukkan kepada saya satu amalan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga”.Jawab Rasulullah: “Janganlah kamu marah”.


Insyaallah dalam ruangan ini saya akan berkongsi beberapa cara yang dapat dilakukan untuk menghilangkan atau mengurangkan marah.Antaranya ialah:
Anda boleh meluahkan perasaan marah anda,tetapi secara wajar(tegas,yakin,dan terkawal).Ia merupakan cara yang paling baik dan berkesan.Untuk melakukannya,anda mesti mengetahui cara bagaimana untuk meluahkan apa yang anda rasai.Anda seharusnya tahu apa kehendak diri dan bagaimana memenuhinya tanpa mengakibatkan kecederaan pada orang lain.Bersikap tegas pula bukan bermakna menolak atau terlalu menuntut,tetapi ia membawa maksud menghormati diri sendiri dan juga orang lain.
Cara kedua ialah dengan menahannya,iaitu dengan tidak memikirkan perkara atau peristiwa tersebut dan mengalihkan perhatian anda kepada hal lain.Tujuannya adalah untuk mengubah perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina.Namun apabila anda mengambil keputusan untuk menahan kemarahan anda, ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri kerana anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan akibat dari perasaan yang anda pendam.
Cara yang ketiga pula dengan menenangkan diri,ia boleh dilakukan dengan dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan
kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Seterusnya kita lihat lagi beberapa tip untuk menenangkan perasaan:
1. Perbanyakkanlah baca al-Quran dan zikrullah,kerana kedua-duanya merupakan kunci kepada ketenangan jiwa.
2. Perbanyakkanlah solat,kerana solat juga membina rasa ketenangan di jiwa,menghubungkan hamba dangan Tuhannya,menghakis perasaan ego dan sombong,dan meningkatkan keyakinan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini.
3. Berwuduk,sebagaimana sabda Rasulullah:“Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api.Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air.Oleh kerana itu,apabila salah seorang kamu merasa marah maka hendaklah ia berwuduk”.
4. Memohon keampunan dan perlindungan kepada Allah daripada terjebak dalam kemarahan yang tidak kena pada tempatnya.
5. Berfikirlah secara positif,jangan buang masa memikirkan kebimbangan dan tekanan,kerana ia hanya akan menambahkan kerungsingan dalam diri.
6. Ingat hari pembalasan,seteruk mana pun perbuatan seseorang,pasti akan mendapat pembalasan di akhirat kelak.

Insyaallah,dengan mengikuti beberapa langkah diatas,moga-moga kita terhindar dari melakukan perkara-perkara yang tidak diingini akibat dari perasaan marah yang meluap-luap

EMOSI MANUSIA

“Emosi” dan “perasaan” merupakan dua perkataan yang berbeza,namun pada hakikatnya mempunyai maksud yang serupa.Ia merupakan anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya kepada kita supaya kita dapat mengimbangi kewarasan akal fikiran.Adanya emosi yang pelbagai menjadikan hidup kita lebih menarik dan penuh kejutan!
Terdapat dua jenis emosi,iaitu emosi positif dan emosi negatif,kedua-duanya sentiasa wujud dalam diri menusia yang normal.Apa yang menjadi keutamaan ialah,emosi positif perlulah ditingkatkan manakala emosi negatif perlu dikawal.Seseorang yang matang sudah tentu mampu mengawal emosinya dan meletakkannya dalam kedudukan yang paling baik.
Dalam hal ini,terdapat kaitan yang kuat antara motivasi dan emosi.Motivasi biasanya dipengaruhi oleh hati,hinggakan apabila motivasi mahukan sesuatu dan kemahuan itu ditunda,akan terjadilah atau terbitlah suatu perasaan yang kurang enak.Manakala apabila kehendak motivasi itu dipenuhi,akan terbitlah suatu perasaaan yang menyenangkan.Ini kerana emosi mengarahkan suatu perilaku seperti motivasi.
Dalam Al-Quran terdapat penerangan yang jelas mengenai bentuk-bentuk emosi yang dirasakan seseorang,antaranya seperti gembira,marah,cinta,benci,cemburu,dengki,penyesalan,malu,dan hina.
EMOSI TAKUT
Emosi takut merupakan sebahagian daripada emosi-emosi penting dalam hidup manusia.Pentingnya emosi takut di sini kerana ia membantu seseorang untuk takut pada merbahaya yang mengancamnya.
Manfaatnya tidak hanya terbatas pada perlindungan dari bahaya yang mengancamnya dalam kehidupan duniawi,bahkan untuk mendorong seseorang Mukmin kepada perasaan takut terhadap Allah swt dalam kehidupan akhirat kelak.
Takut pada azab Allah menghalang seorang mukmin dari melakukan maksiat,lantas terus berpegang teguh dengan takwa dan keteraturan dalam beribadah kepada Allah dan amalan-amalan yang membawa kepada keredhaan Allah swt.Firman Allah :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,maka bergetarlah hati mereka.Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,bertambahlah iman mereka (kerananya).Dan kepada Allahlah mereka bertawakkal.
(Al-anfal :2)
Menurut Dr Muhammad ‘Utsman Najati di dalam buku “Jiwa Manusia dalam Sorotan Al-Quran”,emosi takut adalah keguncangan yang tajam dan melingkupi seseorang secara keseluruhan.Al-Quran mendefinasikan keguncangan ini dengan keguncangan yang amat dasyat,yang mampu untuk menggoncangkan orang dengan sangat keras sehingga menghilangkan kemampuan untuk berfikir dan juga penguasaan atas diri sendiri.Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab:10-11 yang bermaksud:
“(yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu.Juga ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan.Lalu kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka.di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat (dasyat).
Apabila rasa takut yang ada sangat kuat dan menyergap(muncul) dengan tiba-tiba,maka orang yang merasakan hal tersebut akan merasa bingung untuk beberapa ketika,dan saat itu,mereka tidak mampu berfikir.Al-Quran telah menunjukkan situasi kebingungan yang ditimbulkan oleh rasa takut yang sangat kuat dan tiba-tiba menyergap manusia,pada saat menggambarkan situasi pada hari kiamat kelak.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sebenarnya (azab)itu akan datang kepada mereka dengan sekonyong- konyong (tiba-tiba,tanpa diduga sebelumnya) lalu mereka menjadi panik,hingga mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak (pula) mereka diberi tangguh”. (surah Al-Anbiya’:40)
Apabila seseorang berhadapan dengan bahaya dan rasa takut menguasainya,maka setiap perhatian akan tertumpu pada bahaya tersebut dan berusaha untuk menyelamatkan dirinya,perhatian pada perkara lain sudah tidak ada lagi.Allah berfirman :
“Apabila datang suara yang memekakkan(tiupan sangkakala yang kedua).Yaitu pada hari ketika manusia lari dari saudaranya,dari ibu dan bapanya,dari isteri dan anak-anaknya.Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan”. (Surah ‘Abasa :33-37)
Emosi takut biasanya disertai dengan adanya perubahan-perubahan yang banyak pada fungsi-fungsi fisiologi seperti pada mimik muka,nada suara dan keadaan tubuh.
Biasanya seseorang akan merespon situasi-situasi berbahaya yang mengancamnya dengan menjauhi dan lari dari bahaya tersebut.Al-Quran mengambarkan orang-orang kafir dari kaum yang tersahulu,yang ditimpakan azab oleh Allah kerana mendustakan para nabi mereka sehingga mereka dikuasai oleh perasaan panik dan dengan cepat lari dari azab-Nya.Firman Allah :
“Berapa banyak (penduduk) negeri yang alim,yang telah Kami binasakan;dan kami adakan sesudah mereka itu kaum yang kain(sebagai penggantinya).Maka tatkala mereka merasakan azab Kami,tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya.”
Al-Quran menggambarkan rasa takut orang munafik dan kesukaan mereka untuk lari dari orang mukmin,sebagaimana dijelaskan dalam
firman Allah:
“Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah,bahawa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu.Padahal,mereka bukanlah dari golonganmu,akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut(kepadamu,nabi).Jika mereka memperoleh tempat perlindungan atau gua-gua,atau lubang-lubang(dalam tanah),nescaya mereka pergi kepadanya dengan secepat-cepatnya”. (Surah At-Taaubah:56-57)
Firman-Nya lagi:
“Lalu aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu”. (Surah Asy-Syu’ra:21)
“Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut,waspada(kalau ada yang menyusul atau menangkapnya),dia berdoa “Ya Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu”. (Surah Al-Qashash)
Al-Quran juga melukiskan rasa takut Nabi Musa a.s saat baginda melihat tongkatnya berubah menjadi ular,dan baginda lari tanpa menoleh.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah:
“Dan lemparkanlah tongkatmu.Maka tatkala(tongkat itu menjadi ular dan)Musa melihatnya bergerak-gerak seperti seekor ular yang gesit,maka larilah ia(Musa) berbalik ke belakang tanpa menoleh.Hai Musa janganlah kamu takut.Sesungguhnya orang yang dijadikan Rasul tidak takut di hadapan-Ku”. (Surah An-Naml:10)
Sesungguhnya sangat banyak perkara yang ditakuti oleh manusia.Sebahagiannya disebutkan dalam Al-Quran seperti rasa takut kepada Allah,takut kepada maut dan takut kepada kemiskinan.
Rasa takut kepada Allah merupakan suatu yang paling penting dalam kehidupan Mukmin.Rasa itu mendorongnya selalu bertakwa kepada Allah dan mencari keredhaan-Nya,juga mengikuti jalan-Nya dan meninggalkan larangannya.rasa takut kepada Allah dianggap sebagai rukun dalam beriman kepada-Nya.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.Balasan mereka disisi Rabb mereka ialah syurga ‘Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Mereka kekal di dalamnya selama-;amanya.Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha terhadap-Nya.Yang demikian itu adalah(balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya”. (Surah Al-Bayyinah : 7-8)
Firman-Nya lagi yang berbunyi:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila di sebut nama Allah,maka bergetarlah hati mereka.Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,bertambahlah iman mereka (kerananya).Dan kepada Allahlah mereka bertawakkal. (Surah Al-Anfal : 2)
Katakanlah,“Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar jika aku derhaka kepada Rabbku”. (Surah Az-Zumar : 13 )
Ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai perasaan takut manusia kepada maut seperti firman Allah dalam surah Al-Jumu‘ah : 8 :
“Katakanlah,sesungguhnya kematian yang kalian lari darinya,adalah sesungguhnya kematian itu (pasti) akan menemui kalian.
Sungguhnya keimanan yang kuat kepada Allah sudah pasti akan membebaskan manusia dari perasaan takut kepada maut.Mereka yakin sepenuhnya bahawa maut akan memindahkannya ke kehidupan akhirat yang kekal,dimana di dalamnya terdapat kenikamatan berupa rahmat dan keredhaan dari Allah.Jika ada Mukmin yang berasa takut kepada maut,hakikatnya ia takut tidak akan mendapat keampunan dari Allah.
Takut pada maut sudah tentu lebih kuat bagi sesiapa yang telah membuat maksiat kerana mereka bimbang maut akan menjenput sebelum sempat mereka bertaubat.Nauzubillah..
Perasaan takut kepada Allah mampu untuk memotivasikan seseorang yang beriman untuk menjalankan tugas penting dan bermanfaat dalam kehidupan (manusia) pada umumnya.Juga akan menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan maksiat dan sentiasa melakukan amalan soleh dan beribadat kepada-Nya.Dengan itu mereka dilindungi dari amarah dan azab Allah.Insyaallah..
EMOSI MARAH
Al-Quran menyebutkan penggunaan kekuatan ini dalam menghadapi orang-orang kafir yang menentang Islam,yakni kekuatan yang timbul kerana rasa marah apabila dihalang dalam menempuh jalan Allah,dan dalam menjalankan dakwah di jalan-Nya
Firman Allah :
Muhammad itu adalah utusan Allah,dan orang-orang yang bersama dengan ia adalah tegas terhadap orang-orang kafir,akan tetapi berkasih-sayang terhadap sesama mereka.(Surah Al-fath:29)
Hai Nabi,perangilah orang-orang kafir serta orang-orang yang munafik,dan bersikap tegaslah terhadap mereka.tempat mereka adalah neraka Jahannam;dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah At-Tahrim:9)
Al-Quran menceritakan perihal marahnya Nabi Musa ’Alaihissalam saat baginda kembali kepada kaumnya dan mendapati mereka menyembah sapi dari emas yang dibuat oleh as-Samiri.
Firman Allah :
Dan tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati,maka berkatalah ia,“Alangkah buruknyaperbuatan yang kalian kerjakan sesudah kepergianku!Apakah kalian hendak mendahuluijanji Rabb kalian?” Dan Musa pun melemparkan luh-luh(Taurat) itu serta memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya kearahnya.Harun berkata,“Hai anak ibuku,sesungguhnya kaum ini telah mengganggapku lemah,dan hampir-hampir mereka membunuhku.Sebab itu,janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku,dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan yang zalim.”
(Surah Al-A’raf :150)
Berkata musa, “Hai Harun,apa yang menghalang kamu ketika kamu telah melihat mereka telah sesat?(Sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah (sengaja) mendurhakai perintahku?” Harun menjawab, “Hai putera ibuku,janganlah kamu pegang rambutku dan janganlah(pula) kepalaku,sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan berkata kepadaku, ‘Kamu telah memecah antara bani Israil dan kamu tidak pula memelihara amanatku.’ ”
Saat emosi marah menguasai diri,seseorang tidak mampu untuk berfikiran waras dan menerima kebenaran.Kadang-kadang terkeluar darinya ucapan atau tindakan yang berbau permusuhan,dan apabila marahnya telah reda,dia menyesali perbuatannya itu.Seperti kisah Nabi Musa yang telah memohon ampun dari Allah atas perbuatannya terhadap saudaranya,Harun.wallahua’lam..

PERFECTLY OF ISLAM

There is no word as beautiful as Allah
No example as beautiful as Rasulullah
No lesson as beautiful as Islam
No sound as melodius as Azan
No charity as meaningful as Zakat
No encylopaedia as perfect as Al-Quran
No exercise as perfect as Namaz
No diet as perfect as Fasting
No journey as perfect as Haji
Let realize that Islam is ever
BEAUTIFUL and PERFECT.


12 BARISAN UMAT MUHAMMAD DI PADANG MAHSYAR KELAK…

Wahai teman renungkan sejenak
Kisah Muaz berjumpa Rasulullah
Bertanya Muaz wahai Muhammad
Mengenai umat di Mahsyar kelak

Nabi Muhammad memulakan sabda
Seksa bagi barisan pertama
Semasa di dunia menyakiti jirannya
Tiada bertangan lagikan berkaki

Barisan kedua bangkit pula
Babi hitam itulah rupanya
Amalan sembahyang diabaikan mereka
Itulah balasan sewajar rupa

Disambung pula barisan ketiga
Perut berisi ular dan kaca
Ada harta kedekut pula
Kerana zakat tidak ditunaikan

Golongan keempat dilaknati Esa
Ngeri wajahnya tiada terkata
Mengalir darah dari mulutnya
Berjual beli sentiasa dustanya

Angin bertiup bangunlah mereka
Barisan kelima diberi nama
Busuk lebih dari bangkai manusia
Kederhakaan disembunyikan di dalam dunia


Baris keenam wujudlah pula
Saksi palsu itulah kerjanya
Tengkuk terkulai putus akhirnya
Sering mengada-adakan cerita

Nanah dan darah tiada hentinya
Mengalir keluar dari mulutnya
Tiada saksi terhadap pengakuannya
Golongan ketujuh empunya cerita

Barisan kelapan terlalu dahsyatnya
Kepala di bawah kaki di atas
Terseret kepala kepalang terasa
Berzina melacur ketika di dunia

Harta anak yatim habis dikebasnya
Barisan kesembilan selalu terleka
Api memenuhi ruang tubuhnya
Janji Allah nerakalah tempatnya

Mengelupas kulit bias terasa
Balasan menderhakai ibu bapa
Barisan kesepuluh amat terseksa
Menggaru jerit di Mahsyar kerjanya

Golongan kesebelas buruk perdana
Buta mata buta juga hati mereka
Melebar bibir hingga ke dada
Arak judi permainan mereka

Wajah berseri bak bulan purnama
Kemungkaran di jauhi semasa di dunia
Nikmat Allah dinikmati bersama
Barisan terakhir gembira hatinya

Tamat sudah sabda Nabi
Tinggal hanya amanah dipinta
Oleh itu fikirlah semua
Barisan mana kita berada

TANGGUNGJAWAB INSAN

Allah swt menjadikan manusia memunyai matlamt tertentu. Matlamt utama ialah sebagai khalifah atau pentadbir di muka bumi ini.
Bagi melaksanakan tugas itu, manusia dijadikan berbeza dengan mahluk lain supaya manusia dapat melakssanakan amnah Allah swt dengan sempurna.
Tugas dan tanggungjawab insan yang perlu di laksanakan ialah :

Kepada tuhan :

Menyembah Allah swt iaitu mengabdikan diri kepada Allah swt.
Mengikut segala perintah dan suruhan Allah swt dan menjauhi larangan serta tegahan-Nya.
Bersyukur kepada Allah swt di atas limpah rahmat dan nikmat-Nya dengan cara menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya.
Sentiasa berzikir dan memuji dan menyebut nama Allah swt sebagai tanda sentiasa mangingatiNya.

Sesama insan :

Memelihara hak sesame insan seperti menjalin hibingan baik sesame manusia, menjaga hak jiran dan membantu mereka yang memerlukan.
Hormat-menghormati, bertolak-ansur terutama di kalangan masyarakat majmuk.


Kepada alam :

Memakmurkan alam dengan sebaik-baiknya iatu mentadbir ala mini secara bijaksana supaya semua makhluk dapat hidup dengan selamat.
Memelihara dan memulihara alam agar tidak berlaku kemusnahan terhadap haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

TAKRIF INSAN

Insan atau manusia ialah makhluk yan boleh berfikir, boleh menerima ilmu pengetahuan dan berkehendak.
Manusia adalh sebahagian daripada makhluk Allah swt, berketurunan Nabi Adam as dan dijadikan daripada tanah, mempunyai akal fikiran, nafsu dan naluri untuk melakukan sesuatu.


MANUSIA MAKHLUK ISTIMEWA…
Manusia makhluk Allah yang palng istimewa berbandig makhluk yang lain :
dikurniakan akal fikiran supaya dapat mengenali Tuhan dan berfikir serta membezakan antara perkara yang baik dan perkara yang buruk.
Di lantik sebagai khalifah Allah swt di muka bumi untuk memakmur dan mentadbir alam.
Diberi ganjaran terhadap semua amalan dan perbuatan mereka sama ada baik atau buruk.
Allah swt melantik rasul-Nya daripada kalangan manusia untuk menyampaikan risalah-Nya dan makhluk yang paling dekat dengan Allah swt iaitu Nabi Muhammad saw.
Manusia dikurniakan tubuh badan dan fizikal yang sempurna dan pancaindera yang unik.
Dijadikan dari unsure-unsur jasmani dan rohani.


Hikmah Allah swt menjadikan manusia sebaik-baik makhluk di dunia ialah :
Supaya manusia menginsafi dalam dirinya bahawa Allah swt telah menciptanya dalam keadaan yang sempurna.
Supaya manusia bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah swt yang telah mencipta diri manusia sebaik-baik kejadian.
Membolehkan dan memudahkan manusia menjadi khalifah di bumi untuk menegakkan Islam dan memakmurkan alam.
Supaya manusia tunduk kepada perintah Allah swt dan melaksanakan hokum-hukum Allah swt dalam segenap lapangan hidup mereka.

MENELITI HAKIKAT HIDUP

Hatim Al-Aqsar seorang lelaki soleh yang amat cintakan ilmu.pda suatu hari,setelah 33 tahun menuntut ilmu daripada gurunya,Hatim ditanya oleh gurunya apakah yang telah dia perolehi sepanjang tempoh tersebut. Maka jawab Hatim,”Aku telah memperolehi lapan ilmu sepanjang aku menuntut di sini:

1 “Aku melihat setiap manusia ada seorang yang dia kasihi dan dia mahu sehidup semati dengannya.Tapi apabila dia mati,sebenarnya dia mati seorang.Jadi aku mencari siapakah yang patut dibuat kekasih.Aku mencari dalam Al-Quran.Dalam kitab suci itu menyebut,apabila mati seseorang itu,maka tinggallah tiga perkara iaitu anak yang soleh,harta benda,dan amalannya.Maka aku memilih amalan yang soleh sebagai kekasihku.

2 “Aku melihat manusia yang hudupnya banyak mengikut hawa nafsu.Aku mencari dalam Al-quran dan meneliti ayat yang menceritakan balasan syurga kepada mereka yang berjaya melawan nafsunya.

3 “Aku melihat ramai manusia yang kedekut apabila banyak harta.Aku melihat dalam Al-Quran,ayat yang menyebu‛Apa yang ada pada kamu akan hilang lenyap..’maka aku memilih untuk bersedekah.

4 “Aku melihat manusia berlumba-lumba mencari kemuliaan.Aku lihat dalam Al-Quran,ada ayat yang menyebut “..taqwa meletakkan seseorang menjadi mulia..”

5 “Aku melihat manusia hidup bunuh-membunuh,hasad dengki dan tidak yakin dengan rezeki Allah bagi penghidupan.Aku lihat dalam Al-Quran,Allah menegah hamba-Nya daripada hasad dengki.

6 “Aku lihat manusia sering bermusuhan.mereka harus sedar,musuh sebenar manusia adalah syaitan.

7 “Aku lihat manusia berebut-rebut untuk dapatkan sepotong dari dunia tanpa mengira halal haramnya.Mereka harus lihat binatang-binatang yang merangkak dimuka bumi dengan yakin bahawa mereka tidak akan dapat melainkan rezeki ditangan Allah.
Aku lihat manusia mencari tempat bergantungkepada manusia bukan kepada Khaliqnya.Aku cari dalam Al-Quran ayat tentang siapa yang bertawakkal,Allah akan melindunginya.”

IBADAH DALAM ASPEK PEMAKANAN

Makan dan minum adalah antara ibadah yang penting dalam islam. Makanan yang haram menjejaskan hubungan seseorang dengan Allah berdasarkan penjelasan Nabi Muhammad, “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya?” Hadis ini direkodkan oleh Muslim,Ahmad dan Tarmizi.
Sebenarnya makanan yang haram merosakkan ibadah dan mendekatkan diri dengan azab di akhirat. Mengikut Tarmizi, nabi berkata, “Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram maka api nerakalah yang lebih utama baginya.” Sahabat Abdullah bin Abbas pula berkata, “Tidak diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badannya terdapat benda yang haram.”
Sebaliknya sebarang usaha bagi mendapatkan rezeki yang halal dirahmati oleh Allah.Rezeki yang halal ini membantu pelaksanaan ibadah. Makanan yang haram memberi kesan kepada jasad lantas melemahkannya untuk beribadah.
Antara perkara yang diharamkan oleh islam ialah arak, daging haiwan liar dan daging babi. Oleh itu kita sebagai umat islam perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara ini untuk memperoleh kesempuraan ibadah kita kepada Allah.

Makanan yang Halal Lagi berkhasiat

Dalam aspek pemakanan, Islam menekankan supaya dua criteria dijaga iaitu halal dan berkhasiat.Hal ini adalah berdasarkan penjelasan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud, “Wahai manusia, makanlah apa-apa yang di atas muka bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan merupakan musuh yang nyata bagi kamu.”
Justeru, di samping halal, Islam juga menekankan supaya sesuatu makanan diambil daripada sumber yang baik lagi berkhasiat.Dalam tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibnu Kathir mentafsirkan makanan yang ‘baik’ sebagai yang ‘sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal’.
Dalam surah al-Baqarah ayat 172 pula, Allah menegaskan , “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya kepadanya kamu menyembah.”
Di dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qurtubi mentafsirkan ‘rezeki yang baik-baik’ yang terdapat dalam ayat ini sebagai ‘makanan yang bermanfaat daripada segala sudut’.
Walau bagaimanapun pengambilan makanan yang berkhasiat secara berlebihan menghilangkan khasiatnya. Justeru, di samping kita mengambil makanan yang halal lagi berkhasiat, kita perlu juga bersikap sederhana dalam pengambilan itu.
Dalam sebuah hadis yang di laporkan oleh Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan an-Nasai, nabi berkata, “Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya.”
Individu yang paling prihatin berkenaan pemakanan yang halal lagi berkhasiat ini adalah Nabi Muhammad. Nabi adalah contoh bagi kita.

IBADAH YANG PALING UTAMA

Antara ibadah yang paling penting yang sering diabaikan oleh umat islam adalah meninggalkan yang haram. Dalam Ihya Ulumuddin, diriwayatkan peringatan yang pernah dibuat oleh Ummul Mukminin, Aisyah, yang berkata, “Kamu melupakan satu ibadah yang utama iaitu warak.”
Warak bermaksud menjauhi sesuatu yang haram serta yang mempunyai unsur syubhah (iaitu yang meragukan).
Pengambilan benda yang meragukan ataupun haram merosakkan ibadah. Sahabat Abdullah bin Omar berkata, “sekiranya kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan kamu berpuasa sehingga menjadi kurus seperti anah panah,amalan kamu tidak diterima melainkan apabila disertakan dengan warak yang mendinding.”
Imam Sufyan at-Thauri juga mengingatkan unat islam mengenai perkara yang sama. Beliau berkata, “sesiapa yang membelanjakan sesuatu yang haram, dia diumpamakan seperti seorang yang cuba membersihkan sehelai kain berlumuran najis dengan air kencing. Dosa tidak dapat dibersihkan melainkan dengan perkara halal.”
Ibadah dan warak berkait rapat dengan tahap iman seseorang. Imam Sahl at-Tusturi berkata, “seseorang tidak sampai kepada hakikat iman sehingga ada padanya empat perkara iaitu mengerjakan ibadah yang wajib dan yang sunat, memakan benda yang halal dengan warak, menjauhi perkara yang dilarang sama ada yang zahir ataupun yang batin dan bersabar di atas yang demikian itu sehingga mati.”

IBADAH SEBAGAI TUJUAN HIDUP

Manusia dijadikan Allah sebagia Khalifah di muka bumi.Allah mengisytiharkan perlantikan ini dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud, “(Dan ingatlah) semasa Tuhanmu berkata kepada para malaikat ‘Sesungguhnya aku akan menjadikan di bumi, khalifah.” Di dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir, Said Hawa berkata, “(khalifah) ialah Nabi Adam dan zuriat-zuriatnya.”
Tugas sebagai khalifah adalah satu tugas berat. Mereka wajib beribadah kepada Allah di muka bumi. Malah ibadah adalah tujuan hidu mereka.Inilah ketetapan Ilahi sebagaiman yang dinyatakan dalam surah az-Zariyat ayat 56, “Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.”
Ibadah mempunyai kriteria dan syarat-syaratmya. Dalam surah al-Baqarah ayat 112, Allah menjelaskan , “Bahkan sesiapa yang meyerahkan dirinya kepada Allah di samping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran di sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita.”
Berhubung dengan ayat ini, dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Ibnu Kathir berkata, “(Ayat ini) menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima (oleh Allah).”
Justeru, sesuatu ibadah hanya dikira sah di sisi Allah apabila keikhlasan dan landasan syariat dijaga dan dipatuhi. Inilah dia tugas utama khalifah. Tambahan daripada itu, manusia adalah wakil Allah di muka bumi ini. Hal ini dinyatakan oleh Ibnu Jarir (sebagaimana yang dinukilkan oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir), “maksud penjelasan Allah (dalam ayat 30 surah al-Baqarah) adalah, Sesungguhnya aku menjadikan di muka bumi khalifah yang mewakiliku dalam melaksanakan hukum dan keadilan di kalangan makhluk-makhlukku.’ Sesungguhnya khalifah ini adalah Adam dan sesiapa sahaja yang mengikut jejak langkahnya dalam mentaati Allah serta melaksanakan ketetapan hukumdengan adil.”
Sememangnya amanah yang terpaksa dipikul oleh khalifah ini berat sekali, sehinggakan makhluk-makhluk lain lebih besar daripada insan tidak sanggup memikulnya. Allah menjelaskan dalam surah al-Ahzab ayat 72, “Sesungguhnya kami mengemukakan amanh kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka (insan)zalim lagi jahil.” Lihatlah, betapa makhluk-makhluk Allah seperti langit,bumi serta gunung-ganangenggan menerima amanah ini.
Walau bagaimanapun,Allah membekalkan manusia dengan alat-alat, terutamanya akal, bagi memudahkan kerjanya. Tambahan daripada itu, Allah menciptakan manusia dalam bentuk terbaik. Allah menyatakan dalam surah at-Tin ayat 4,”Sesungguhnya kami mencipta insane dalam bentuk penciptaan yang terbaik.”
Allah juga member jaminan manusia tidak akan dibebankan dengan sesuatu yang tidak disanggupunya sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 286, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”Justeru melalui ibadah manusia,sebagai khalifah , akan cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.

MATLAMAT HIDUP

Persoalan ini adalah persoalan yang mesti dijawab oleh semua orang dengan tepat dan berhati-hati. Tepat jawapannya, maka tepatlah matlamat hidup yang dipilih olehnya. Salah jawapannya, salah pulalah matlamat hidup yang dituju oleh seseorang. Melihat kepada kelompok manusia yang berbagai-bagai ragam dan nama, kita akan dapat mengagak secara kasar apakah tujuan dan matlamat hidup mereka. Namun secara umum, melihat kepada sikap mereka, manusia diseluruh pelusuk bumi ini menjadikan hidup mereka untuk:
1. Makan, minum, berumahtangga, beranak pinak dan tua, kemudian mati. Kerana itu persoalan hidup mereka ialah bagaimana mencari duit untuk dapatkan keperluan-keperluan tadi. Halal, haram, wajib atau pun sunat, tidaklagi diperhitungkan. Tuhan tidak penting bagi mereka.
2. Ada yang hidup mengejar pangkat dan kuasa. Orang lain habis dipijak dan dianiaya. Yang penting dirinya berjaya. Soal keperimanusiaan sudah tiada. Yang ada matlamat pangkat dan kuasa. Soal Tuhan belakang kira.
3. Ada sekumpulan manusia yang hidupnya hanya membanggakan diri dan mencari kemuliaan diri. Atas tujuaan ini, mereka mencari ilmu, kekayaan dan mencantikkan diri. Mereka menggunakan segala peluang yang ada hingga timbul hasad dengki, marah, fitnah, tipu, menindas dan lain-lain kejahatan yang sudah tidak terkawal lagi. Hilang lenyap perpaduan, kasih sayang dan bantu membantu di kalangan manusia. Hidup nafsi-nafsi, sentiasa tegang dan hati sakit sekalipun berada di dalam satu parti. Umpama pokok-pokok kayu di hutan yang melepaskan pucuknya tanpa peduli.
Inilah hidup manusia hasil daripada matlamat hidup yang mereka pegangi. Hidup tidak ubah seperti haiwan yang tidak ada tamadun dan peradaban yang tinggi. Gagal menempuh kemuliaan tetapi jatuh hina ke taraf haiwan dan tumbuh-tumbuhan malah lebih hina daripada itu.
Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jhannam) kebanyakan daripada Jin dan Manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan oleh mereka untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al A'raf: 179)
"Telah nampak kerosakan di daratan dan di lautan di sebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan azabNya kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) ." (Ar Rum : 41)
Matlamat belum tentu tercapai tetapi keburukannya telah menjadi penyakit yang berbagai-bagai yang menimpa masyarakat. Melihatkan hal ini sepatutnya manusia mula memikirkan kembali di mana silapnya dan apa jalan keluar daripada kesilapan ini. Untuk itu, manusia perlu jelas matlamat hidupnya iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah dan menjalani hidup sebagaimana yang telah Allah perintahkan.
Firman Allah:
"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekaluan Alam." (Al An'am: 162)
"Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu." (Az Dzariyat : 56)
Apabila hidup kita untuk Allah, ertinya apa jua tindakan kita, percakapan kita, fikiran kita dan hati kita, semuanya dalam menegakkan hukum Allah. Segala-galanya diatur dan disusun dengan begitu cantik agar kita tidak jatuh ke taraf yang hina sebagaimana haiwan. Selamatlah hidup kita di dunia dan selamat juga di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin

Selasa, 6 Oktober 2009

TEORI EVOLUSI DARWIN

Teori yang paling popular diperkatakan berhubung kejadiaan manusia adalah Teori Evolusi Darwin.Teori ini diasaskan oleh seorang pakar biologi dari England yang bernama Charles Robert Darwin (1809-1882 Masihi).Beliau menegaskan,kesemua makhluk yang hidup samada manusia atau haiwan berasal dari keturunan yang sama(common ancestor).Keturunan yang awal ini kemudiannya berubah dari satu tahap ke tahap yang lain demi menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran yang sentiasa berubah.hasil daripada perubahan-perubahan itu yang memakan masa jutaan tahun,akhirnya lahirlah makhluk yang kompleks yang bernama manusia.Beliau mengutarakan pendapatnya didalam bukunya yang bertajuk The Origin of Species by Means of Natural Selection pada tahun 1859.

Sekiranya teori ini benar,kita pasti bertemu dengan banyak makhluk pertengahan yang berbentuk separuh binatang separuh manusia,separuh binatang laut separuh binatang darat dan separuh burung dan separuh haiwan biasa kerana teori evolusi menuntut kewujudan makhluk-makhluk ini sebagai bukti berkenaan kebenarannya.Namun hingga ke hari ini makhluk seumpama ini tidak ditemui sehingga pada suatu masa Darwin sendiri meragui teorinya.

Didalam teorinya yang bertajuk The Origin of Species beliau berkata”jika makhluk-makhluk berubah dari satu spesies ke sepsis yang lain,mengapa tidak ditemui sepsis yang pertengahan(transitional forms)?Mengapa kehidupan wujud dalam keadaan teratur dan tidak kelam-kabut?Mengapa makhluk penghubung antara satu spesis dengan satu sepsis tidak wujud?Perkara inilah yang memeningkan kepala ku selama ini!”kenyataan ini dilaporkan dalam The Origin of Species by Means of Natural or the preservation of favoured races in the struggle for life(Charles Darwin:senate press,London,1995)

Bagi membuktikan kewujudan spesis pertengahan ini,penipuan demi penipuan dilakukan oleh ahli-ahli sains tertentu.Sebagai contoh pada tahun 1912 diishtiharkan penemuan tulang rahang dan tempurung otak makhluk yang digelar sebagai Piltdown Man.Tulang-tulang ini ditemui di Piltdown,England,oleh seorang ahli sains yang bernama Charles Dawson.Ia dikatakan makhluk daripada spesis pertengahan antara binatang dan manusia.Selepas beberapa ujian dilakukan akhirnya pada tahun 1953 didedahkan bahawa tulang rahang itu diambil daripada seekor orang utan yang baru meninggal dunia dan tempurung otaknya adalah tempurung otak manisia yang sebenar.Hal ini dilaporkan dalam artikel yang bertajuk Smith Woodward’s Folly oleh Stephen Jay Gould dalam majalah New Scientist,5 April 1979.

Secara dasarnya teori Darwin menafikan kewujudan Tuhan.Kuasa penentu dalam proses evolusi ini adalah natural selection atau ‘kuasa semula jadi’. Justeru pengsas teori komunisme, Karl Max mengagumi Charles Darwin. Hal ini dinytakan oleh Harun Yahya di dalam bukunya yang bertajuk Evolution Deciet (Ta-Ha Publishers Ltd.; UK 1999)

Sebenarnya untuk teori Darwin menjadi kenyataan, hidup-hidup perlu berubah secara berperingkat-peringkat melalui pproses mutasi.Mutasi adalah proses perubahan yang berlaku ke atas sistem genetiknya. Justeru, andai kata teori ini digunapakai, evolusi atau perubahan seekor ikan di zaman dahulu kepada manusia bermula dengan proses mutasi yang berlaku ke atas gen ikan berkurun-kurun lamanya sehingga akhirnya ia bertukar menjadi gen manusia yang melahirkan manusia.

Adakah pandangan ini dianggap logik? Pada hari ini pakar-pakar sains mula mempertikaikan pamdangan ini, sebagai contoh Dr.Lee Spetner.Beliau yang mengajar di Universiti Johns Hopkins dan institute Weizman,mengkaji proses mutasi di peringkat molekul selama bertahun-tahun lamanya.Di dalam buku beliau yang bertajuk Not by Chance: Shattering the Modern Theory of Evolution (Judaica Press, ISBN: 1880582244, 1998),beliau menegaskan, “Proses mutasi mengurang dan bukan menambah maklumat genetic.” Dalam bahasa mudah ia bermaksud mutasi menyebabkan kecacatan bukannya kemantapan,justeru, ikan tidak mungkin bertukar menjadi makhluk yang lebih mantap bernama manusia. Justeru, teori evolusi adalah satu teori dangkal yang tidak dapat diterima oleh sains.

Teori Darwin membuang kuasa Tuhan dan menggantikannya dengan ‘Kuasa Kebetulan’ atau ‘Kuasa Semula Jadi’. Sekiranya ini adalah kepercayaan Darwin, justeru timbul pelbagai persoalan besar yang sukar dijawab semata-mata dengan menggunakan teori ini. Sebagai contoh, bagaimana sel pertama wujud? Bagaiman sel ini mampu berkembang dengan sendirinya bagi menjadi makhluk yang begitu teratur sehingga mampu melahirkan makhluk yang kompleks?

Mengikut Sir Frances Crick, seorang saintis yang pernh dianugerahkan hadiah Nobel kerana menemui struktuk DNA, untuk kesemua proses ini berlaku kebetulan ia adalah suatu yang mustahil. Di Dalam bukunya yang bertajuk Life Itself: Its Origin and natural (new York,W.W. Norton,1982).beliau memberikan satu contoh berkaitan dengan kejadian protein. Untuk asid-asid amino bercantum mengikut urutan yang betul demi melahirkan hanya satu protein, terdapat 10 kuasa 260 kemungkinan (iaitu 1 diikuti dengan 26 kosong) yang boleh berlaku. Daripada kemungkinan yang begitu banyak ini bagaimana asid-asid amino menentukan pilihannya dengan tepat sehingga akhirnya dapat melahirkan bukan hanya satu protein malah pelbagai jenis protein yang tahu pula cara berinteraksi dengan tepat dan memilih suasana yang tepat bagi melahirkan satu jenis kehidupan? Justeru bagi Sir Frances Crik teori Darwin adalah satu teori yang tidak berasas di sudut sains.

Demikian juga yang dikatakan oleh seorang pakar biokimia dari Universiti Lehigh, iaitu Dr. Mechael Behe. Di dalam buku yang bertajuk Drawin’s Black Box: The Biochemical Challenge to Evolutin (The free Press, New York,1996), beliau menyatakan sebahagian sistem biokimia adalah begitu kompleks kejadiannya sehinggakan tidak memungkinkan ia tejadi secara bertahap-tahap mengikut proses evolusi. Beliau menamakan fenomena yang kompleks ini sebagai Irreducible Complexity. Sebagai contoh, dalam proses pembekuan darah semasa berlaku pendarahan, protein dan enzim diperlukan serentak. Mengikut teori evolusi, kedua-duanya tidak dapat dihasilkan serentak kerana mengikut urutannya, protein perlu dihasilkan terlebih dahulu sebelum ia digunakan bagi menghasilkan enzim. Dalam keadaan enzim belum dapat dihasilkan, bagaimana pendarahan dapat dihentikan? Apabila pendarahan tidak dapat dihentikan bagaimana hidupan yang berdarah dapat hidup? Apabila hidupan ini tidak dapat hidup bagaimana proses evolusi dapat bertahan?

Justeru pada hari ini semakin ramai para saintis mempertikaikan teori evolusi Darwin. Islam menentang teori Darwin sebagaimana islam menentang kesemua teori yang tidak sainstifik apatah lagi yang jelas mengingkari kewujudan kuasa Tuhan. Berhubung dengan asal usul manusia, umat islam sepatutnya tidak melupakan kata nabi yang bermaksud,”Manusia berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.”Hadis ini direkodkan oleh Tarmizi dan Abu Daud.

PENYUSUAN DUA TAHUN, ADAKAH MASIH RELEVAN?

Penyusuan Dua Tahun, Adakah Masih Relevan?


Dalam surah Luqman ayat 14 Allah menjelaskan, “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa du tahun.”

Dalam surah al-Baqarah ayat 233 pula Allah menegaskan, “Dan ibu-ibu perlu menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”

Kenyataan Quran ini relevan dengan dunia moden pada hari ini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu kenyataannya menegaskan, “Penemuan terkini menunjukkan pemberian susu ibu sepenuhnya selama enam bulan adalah cara pemakanan yang terbaik untuk bayi. Selepas itu bayi-bayi perlu deberikan makanan tambahan namun pemberian susu ibu mesti diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun atau lebih.” Hal ini dilaporkan di www.who.int/child-adolescent-health di bawah tajuk Nutrition Infant and Young Child.

Pada tanggal 29 Julai 2005, bersempena dengan sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia (world Breastfeeding Week),Gabungan Pertubuhan Kesihatan Amerika atau Pan American Health Organisation mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Washington D.C. Antara isi kandungan kenyataan itu adalah “Kebaikan penyusuan ibu semasa bayi sedang melalui proses pertumbuhan yang kritikal iaitu dua tahun pertama selepas kelahiran, memang tidak dinafikan lagi. Terdapat pelbagai risiko yang boleh menimpa bayi apabila tidak diberikan susuan badan antaranya mengalami cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan , jangkitan telinga dan kerencatan pertumbuhan mental.

PENENTUAN JANTINA MENGIKUT AL-QURAN

Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”

Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih,bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma. Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop,sperm iaitu setitik atau sperma.

Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara teroerinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.

Y dan XX


Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XY’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.

Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki.

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AHLI FIKIR

1. TEORI TABI’I
Sebahagian daripada saintis tidak percaya adanya pencipta yang Maha Kuasa. Mereka mengambil jalan keluar menjawab persoalan siapakah yang menjadikan manusia dan seluruh alam ini. Mereka menyatakan yang mencipta alam dan manusia ialah tabi’i. tori tabi’I mencipta menyamai fahaman golongan Ad- Dhariah.

2. TEORI EVOLUSI
Teori evolusi di perkenalkan oleh CHARLES DARWIN pada tahun 1859 Masihi, beliau mendakwa bahawa segala makhluk yang ada da semua sistem alam yang teratur, sama ada molekul, tumbuh-tumbuhan, haiwan, bintang, cakerawala, atau manusia telah menjadi semputna sedikit demi sedikit oleh kuasa yang terkandung dalam benda itu sendiri. Dari benda yang ringkas menjadi organ yang lengkap. Mengikut teori ini manusia dikatakan berasal daripada rangka keturunan beruk purba.
Kedua-dua teori di atas bercannggah dengan nas-nas Al-Quran yang menyatakan dengan jelas hakikat kejadian manusia daripada tanah dan air benih.

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS

Manusia dari segi fizikal, terdiri dari kumpulan sel,tulang,saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Percantuman sperma dan ovum dalam rahim ibu membentuk janin yang membesar secara berperingkat-peringkat. Setelah sempurna tempoh janin berada dalam rahim ibu, iapun lahir sebagai bayi.
Proses kejadian manusia melalui penemuan sains ini adalah tidak bercanggah dan tidak BERTENTANGAN DENGAN PENJELASAN Al-Quran dan As-Sunnah. Hanya proses peniupan roh kedalam janin sahaja yang tidak mungkin di temui oleh penyelidik sains seperti yang dijelaskan oleh ALLAH swt menerusi firmanNya yang bermaksud :

” Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".

Manusia dengan ilmu pengetahuan mereka yang terbatas, hanya manpu mengkaji perkara-perkara yang nyata sahaja. Mereka tidak mampu mengkaji roh kerana ia termasuk dalam perkara ghaib. Ini membuktikan kelemahan manusia dan menunjukkan kewujudan serta kekuasaan ALLAh swt.
Pengurnian akal kepada manusia menjadikan mereka mahkluk yang istimewa, berbanding makhluk ynag lain. Dengan akal, mereka mampu berfikir, berusaha dan mereka cipta sesuatu yang boleh meningkatkan mutu kehidupan. Firman Allah swt yang bermaksud:

”Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” .

Dengan nikmat akal, manusia mampu berfikir tentang kejadian diri mereka dan alam sekitar serat mengagumi dan menghargai kejadian-kejadian tersebut. Mereka akhirnya mengakui kewujudan Allah swt serta mengagungkan kekuasaanNya.

KEJADIAN MANUSIA BUKTI KEWUJUDAN ALLAH

Seluruh alam ini di ciptakan oleh ALLAH mengikut peraturan yang telah ditentukan. Peraturan ini tidak berubah sejak alam di jadikan lagi.
Demikian juga dengan kejadian manusia, ia diciptakan oleh ALLAH menurut sunnahNYA. Penyelewengan dan penyimpangan dari sunnah ALLAH ini akan menyebabkan berlakunya keadaan yang tidak harmoni.
ASAL KEJADIAN MANUSIA.
Manusia yang diciptakan oleh ALLAH swt ialah nabi ADAM as.
Daripada Adam, Allah menjadikan Hawa yang kemudiannya menjadi isteri baginda. Daripada mereka berdua, manusia berkembang biak diatas muka bumi. Ini di jelaskan dalam firman ALLAH swt yang bermaksud:

” wahai manusia! Bertakwalah kepada tuhan yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (ADAM) dan Dialah (ALLAH) menjadikan daripada diri Adam, isterinya (Hawa) dan mengembang biak daripada kedua-duanya, ramai lelaki dan perempuan”.

Ayat ini membuktikan bahawa TEORI DARWIN tentang asal kejadian manusia adalah tidak benar. Teori ini menyebut bahawa manusia berasal dari beruk sedangkan ayat tersebut dengan jelas menyebut bahawa manusia berasal daripada nabi Adam as dan isterinya, Hawa.
Teori Darwin ini hanyalah andaian semata-mata. Ia tidak berdasarkan kepada kejadian yang betul-betul saintifik. Di samping itu tidak pernah ditemui beruk yang menjadi manusia.

MANUSIA DAN ADAM

Secara dasarnya manusia berasal daripada Nabi Adam dan Nabi Adam berasal daripada tanah. Walau bagaimanapun penciptaan keturunan Nabi Adam adalah berbeza daripadanya kerana mereka diciptakan Allah bukan daripada tanah sebaliknya daripada air yang mengandungi benih lelaki dan wanita. Dalam surah al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan mengenai proses-proses kejadian ini melalui kata-katanya yang bermaksud, “Wahai manusia jika kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptakanmu daripada tanah kemudian daripada nuthfah.”

Sekiranya ayat ini dibaca terpisah daripada ayat-ayat yang lain dan terpisah daripada tafsiran yang muktabar, ia membawa maksud yanh salah. Seseorang mengatakan proses kejadian semua manusia bermula daripada tanah, kemudian tanah itu bertukar menjadi nuthfah dan begitu juga seterusnya, sedangkan tujuan ayat ini tidak seperti itu. Cara terbaik bagi memahami sesuatu ayat adalah dengan merujuk ayat Quran lain yang seumpamanya supaya pentafsiran yang dilakukan tidak terbabas daripada metodologi yang sah.

Berhubung dengan kejadian manusia daripada tanah, dalam surah Ali Imran ayat 59 Allah berkata, “ Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allah adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah mencipta Adam daripada tanah kemudian Allah berkata kepadanya ‘Jadilah’ maka jadilah dia (seorang manusia).”

Ayat ini menceritakan mengenai kejadian beberapa orang manusia dalam bentuk yang luar biasa tanpa memenuhi undang-undang alam tabii. Mereka adalah Nabi Adam dan Nabi Isa. Nabi Adam dijadikan tanpa perantaraan ayah dan ibu manakala Nabi Isa dijadikan tanpa bapa. Dalam konteks Nabi Adam, Allah mengatakan beliau dijadikan daripada turaab iaitu tanah. Justeru sebarang ayat yang menceritakan mengenai kejadian manusia daripada tanah berkait rapat dengan kejadian Nabi Adam secara khusus.

Mengikut Hans wehr A Dictionary of Modern
Written Arabic oleh J Milton Cowan, perkataan turaab bermaksud dust, earth, dirt, ground, soil yang dalam bahasa Melayu bermaksud debu, bumi dan tanah. Justeru ayat 5 dalam surah al-Haj yang menceritakan berkenaan kejadian manusia daripada turaab adalah berkaitan dengan kejadian Nabi Adam secara khusus yang dijadikan daripada tanah.

Dalam ayat-ayat yang lain sifat tanah ini diperincikan lagi oleh Allah melalui penggunaan perkataan seperti thiin dan salsaal yang membawa maksud tanah liat. Sebagai contoh, dalam surah al-Hajr ayat 26 Allah menyifatkan tanah ini sebagai ‘tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk ‘. Dalam surah al-Mukminun ayat 12 Allah menyifatkan tanah ini sebagai ‘tanah liat’ dan demikian juga yang disebutkan dalam surah as-Saffat ayat 11. ‘Tanah liat’ dalam bahasa inggeris bermaksud clay.

Berhubung dengan perkara ini, di dalam Tafsir al-Azhar, Hamka berkata “Manusia cuba menyelidik sendiri bagi menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan asal usul manusia dan bagaimana asal kejadiannya. Yang menerangkan asas kejadian manusia hanyalah Quran iaitu manusia berasal daripada tanah hitam yang berubah bau dan menjadi tanah kering. Teori ilmu pengetahuan boleh boleh kita selidiki terus dan (teori-teori itu) tidak kita terima secara mutlak dan tidak kita tolak secara mutlak kerana kajian itu di (sambung) terus oleh orang lain. Namun kepercayaan yang diajar oleh agama kita perlu terima secara mutlak iaitu manusia berasal daripada tanah. Sekiranya hendak diadakan penyelidikan lagi berkenaan proses (atau peringkat) kejadian ini berasaskan dasar (yang ditetapkan Quran), silakan!”




Nabi Adam dan Tanah


Kenyataan Quran manusia (iaitu Nabi Adam) berasal daripada tanah liat bukan suatu yang tidak masuk akal. Hal ini disebabkan pada hari ini penemuan sains menunjukkan permulaan kehidupan secara umumnya mungkin bermula daripada tanah liat atau clay. Pandangan ini, yang masih berbentuk hipotesis, pada asalnya diketengahkan oleh Dr A. Graham Cairns-Smith dari Universiti Glasgow pada tahun 1985. Pandangan beliau menarik perhatian beberapa orang saintis lain.

Pada tahun 2003, dalam satu artikel yang bertajuk Clay’s Matchmaking Could Have Sparked Life,yang dilaporkan di Newscientist.Com News Service (online) bertarikh 23 Oktober 2003,dinyatakan dua kompenan penting menjadi asas kepada permulaan kehidupan. Kedua-dua itu adalah kewujudan bahan genetic (genetic material) dankewujuda selaput sel (cell membranes). Seterusnya laporan itu menyebutkan kedua-dua kompenan ini mungkinbermula daripada tanah liat yang dikenali sebagai montmorillonite clay. Penemuan ini yang pada asalnya dilaporkan dalam jurnal Science (volume 302 muka surat 618), adalah hasil kajian Martin Hanczyc, Shelly Fujikawa dan Jack Szostak daripada Massachusetts General Hospital,Boston. Walaupun penemuan ini adalah satu penemuan yang baru dan kajian mengenainya masih lagi berterusan, namun ia sedikit sebanyak menunjukkan tanah liat adalah satu ramuan penting bagi kehidupan. Justeru mengaitkannya dengan kejadian manusia mempunyai asas daripada sudut sains.

Sebahagian ulama, seperti Syeikh Said Hawa (di dalam al-asas fi al-tafsir) dan Hamka (di dalam Tafsir al-Azhar) mengaitkan tanah dalam ayat ini dengan khasiat yang diperlukan bagi kesuburan manusia. Tanpa khasiat melalui tanah yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran dan buah-buahan, benih manusia tidak matang sekali gus menyebabkan kemandulan. Khasiat daripada tanah penting kepada manusia sehinggakan pakar-pakar pemakanan di dunia hari ini sudah menetapkan setiap individu perlu mengambil lebih kurang 280 gram sayur-asyuran setiap hari secara berterusan bagi memelihara kesihatan.

Dalam satu laporan yang dimuatkan dalam The Daily Californian bertarikh 28 February 2001,di bahagian Sci-Tech bertajuk Folate May Help Keep Sperm in Shape, Green Vegetable Consumtion May Increase Male Fertility, Decrease Childhood Cancer Risk in Offpsring ,menyatakan kaum lelaki memerlukan vitamin asid folik yang mencukupi bagi memastikan kesuburan sperma mereka berada pada tahap optimim. Dalam kajian ini pakar-pakar daripada Universiti California Berkeley mendapati pengambilan sayur-sayuran jurnal Fertility and Sterility pada bulan February 2001.

Dalam satu laporan yang lain yang bertajuk Lifestyle and Dietary Recommendations for the Infertile Male, pakar-pakar daripada Jabatan Urologi Universiti Cornell menyatakan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak adalah penting terutamanya bagi lelaki yang mandul. Hal ini disebabkan ia dapat mengubah keadaan kesihatan mereka sekali gus membantu mereka menjadi subur. Maklumat ini boleh diperoleh di www.cornellurology.com. Justeru tanah tidak boleh di pisahkan daripada asal usul dan proses kejadian manusia kerana sayur-sayuran dan buah-buahan berasal daripada tanah.

Ada Berapa Adam?

Salah satu persoalan menarik yang di timbulkan sesetengah pihak adalah berkenaan jumlah Adam yang sebenarnya. Adakah Adam hanya seorang ataupun adakah jumlahnya ramai? Hamka ( di dalam Tafsir al-Azhar) menggalakkan umat islam mengkaji bagi mengenal pasti sama ada di sana hanya terdapat satu Adam ataupun sebaliknya ramai Adam.

Syeikh Said Hawa pula (di dalam al-asas fi al-tafsir) menyuruh umat islam bersikap kritikal dengan pandangan yang mengatakan jumlah Adam yang asal adalah ramai. Namun beliau mahu umat islam mengetahui pandangan seumpamanya ini memang wujud.

Apabila kita kembali kepada Quran kita mendapati dialog yang berlaku antara Allah dan Adam melibatkan seorang Adam sahaja. Dan Allah lebih mengetahui.

KEAGUNGAN ALLAH

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat saya kembali mengisi ruangan blog kali ini. Saban hari kita menyebut Allahu Akbar (Allah Maha Besar) pada setiap kali kita mendirikan solat. Malangnya kebesaran Allah masih belum meresap dan menyelera di dalam jiwa sanubari kita.
Intipati atau ciri-ciri keimanan ialah merasakan kebesaran dan keagungan Allah di dalam diri setiap masa dan ketika dalam semua keadaan. Pendek kata tebal atau nipisnya iman seseorang bergantung kepada bagaimana dia merasakan kebesaran Allah di dalam hatinya. Keyakinan dan keimanan terhadap Allah menjadi pendorong untuk melakukan ibadat sebagai pengabdian diri kepada-Nya.
Allah menjadikan, memiliki dan memerintah sekalian alam ini. Malahan diri kita juga adalah kepunyaanNya. Oleh itu semestinyalah kita mengabdikan diri kepadaNya serta sentiasa meminta pertolongan daripadaNya.
Allah berada di mana saja kita berada. KekuasaanNya sangat hampir dengan diri kita malahan ia lebih hampir dengan urat nyawa kita. Terlalu hampir Allah dengan kita sehinggakan kita tidak merasakan kewujudanNya. Di sinilah letaknya kejahilan dan kecuaian yang serius yang tidak sepatutnya kita lakukan. Kesombongan dan keangkuhan menjadi semakin teruk apabila kita bergelumang dengan maksiat yang menyebabkan kita menjadi semakin 'jauh' dengan Allah. Meskipun Allah sangat/terlalu hampir tetapi dosa kita menjadi 'hijab' yang melindungkan kita dari merasakan kebesaran dan kewujudan Allah Yang Maha Agung.
Hakikat ini kita boleh rasakan sendiri. Orang lain tidak dapat menilai sejauh mana keakraban kita dengan Allah yang mencipta kita. Cuma orang dapat melihat dan menilai diri kita secara zahir. Jika kita taat kepada Allah dalam suruhan dan laranganNya bermakna hubungannya rapat dengan Allah. Sebaliknya jika selalu melakukan maksiat bererti dia jauh dengan Allah. Allah tidak suka kepada orang yang zalim dan membuat maksiat. Dari segi batinnya, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Oleh sebab iman menjadi asas kepada keislaman seseorang, perlulah kita mencari jalan untuk merasa dan menghayati kemanisan iman. Kemanisan iman boleh diusahakan melalui dua jalan iaitu musyahadah dan muraqabah.
Kesemua objek sama ada yang hidup atau bukan hidup adalah ciptaan Allah. Ia menjadi bukti tentang wujudnya Allah. Tanpa Allah, alam ini tidak akan wujud. Ia tidak akan jadi dengan sendiri. Oleh itu untuk merasakan kehebatan Allah, perlulah kita menyendiri sekali-sekala melihat keajaiban alam dan isinya. Betapa hebatnya Allah menjadikan setiap sesuatu. Allah jadikan manusia pelbagai bangsa dan rupa. Allah menjadikan organ-organ dalam diri kita dengan fungsi masing-masing. Allah menjadikan haiwan pelbagai jenis. Allah menjadikan tumbuhan, ada yang berbuah, berbunga, berduri serta berlainan jenis dan rasa. Demikian juga Allah menjadikan siang dan malam serta cakrewala yang menjadi perhiasan alam. Semua ini menjadi petanda kebesaran Allah yang menuntut kita memerhati dan ber'musyahadah' untuk menguatkan keimanan kita terhadap Yang Maha Besar.
Kita lihat pula sifat setiap objek tersebut. Ada yang manis, tawar, pahit, masin, jahat, baik, panjang, lebar, licin, kesat, bulat, lonjong, berduri, berwarna-warni, kaya, miskin, hina, mulia, gagah, lemah, dan lain-lain lagi yang tidak mungkin dapat kita catatkan meskipun habis dakwat sebanyak air lautan digunakan. Duduklah sendirian dan menungkan hakikat ini; insyallah kita akan merasakan betapa agung dan hebatNya Allah yang menciptakan segala-galanya sama ada di langit, di bumi dan di dalam lautan.
Kemudian kita lihat pula gelagat manusia dengan pelbagai pekerjaannya. Ada yang bertukang, berlari, bermain, memasak, menyapu, mencuri, menyamun, berenang dan sebagainya. Segala bentuk perbuatan mereka adalah gerakan dari Allah. Namun kita tidak boleh sandarkan perbuatan jahat mereka dari Allah kerana manusia diberikan pilihan untuk melakukan yang baik atau jahat. Allah berikan akal kepada manusia untuk mereka lakukan yang baik saja. Malang sekali jika setelah diberikan akal, kita masih melakukan yang buruk dan dibenci oleh Allah.
Dengan musyahadah iaitu memikirkan segala yang tersebut di atas, akan menambahkan keyakinan kita terhadap Allah. Dialah yang mentadbir alam ini. Dia juga yang menghidup dan mematikan manusia. Apa yang Allah kehendaki tetap berlaku meskipun dibenci oleh manusia. Apa yang Allah tidak kehendaki tetap tidak akan berlaku meskipun semua manusia ingin kepadanya. Ibarat ayam sereban kepunyaan kita, kita berhak buat apa saja dan orang lain tidak boleh peduli sama ada kita hendak potong atau terus memeliharanya. Begitulah Allah dengan makhluk ini. Dia boleh melakukan apa saja terhadap kita dan manusia lain tidak berhak komplain atas apa jua kehendak dan iradat Allah. Sebab itulah kita mesti berdoa dan bertawakkal kepada Allah di samping berusaha mendekatkan diri kepadaNya.
Konsep 'Allah berserta kamu di mana saja kamu berada' perlu dihayati serta diyakini setiap ketika. Kesedaran tentang konsep ini akan membuat kita rajin beribadat dan takut membuat maksiat. Inilah kunci atau intisari ilmu tauhid - pengesaan terhadap Allah dalam perbuatan, sifat dan zatNya.
Menyorot sejarah Nabi Muhammad saw beruzlah di Gua Hira' adalah menjadi satu bukti tentang perlunya kita bermusyahadah dalam mencari sesuatu ketenangan dan kebenaran. Baginda dilantik sebagai Rasul setelah menerima wahyu pertama di Gua tersebut.
Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkur satu saat (dalam memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Ini jangan disalahtafsirkan sebagai tak perlu beribadat memadai dengan tafakkur. Ia cuma memberi gambaran bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat.
Proses musyahadah perlu dilakukan secara konstan sehingga menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.
Musyahadah menjadi satu daripada beberapa jalan untuk mendapat 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah terhadap diri kita.
Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardu dan sunat. Amalan 'hablum min'Allah' (hubungan dengan Allah) dan hablum minannas (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia.
Dalam hubungan ini, Allah sering mengingatkan kita supaya berjalan/melawat di muka bumi Allah dengan niat melihat kebesaran Allah sambil memerhatikan balasan yang Allah timpakan kepada mereka yang menganiaya diri mereka sendiri.
Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa muhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah mudah-mudahan kita diterima menjadi orang yang soleh yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin ya Rabbal Alamin.