Rabu, 7 Oktober 2009

DENGAN NAMA-NYA...

Dengan nama-Nya…
Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah
Melainkan Allah
Dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Tiada satu pun yang dapat menggugat keyakinan ini
Dan tidak akan berpaling selain dari menyebut nama-Nya
Dan selawat serta salam keatas junjungan besat penghuluku
Tiada seorang pun yang dijelmakan dapat
Meluntur kepercayaan aqidahku

Dengan nama-Nya
Islamlah agamaku
Aku bersumpah solat lima waktu sehari semalam
Pegangan hidupku...tanpa mengenal penat lelah
Tanpa merasa jemu
Walaupun tergadai seluruh anggota tubuh badanku
Akan ku jihad dan jiwa dan ragaku agar tidak digolok-gadai

Dengan nama-Nya
Aku percaya akan janji serta segala ketentuan dan ketetapan
Biarpun diri ini diuji namun lidahku tidak akan berhenti
menyebut nama-Nya
Dialah yang kusembah dan kepada-Nyalah tempat aku
meminta pertolongan
Agar aku ditunjuki dengan jalan yang lurus...
Diredhai..bukan dilaknati dan dari segala kesesatan dunia yang mencabar
Dan mengaburkan pandangan

Dengan nama-Nya
Aku percaya hidup ini sementara
Tidak dapat lari dari kematian...pasti
Dunia ini hanyalah lakonan yang penuh dengan
Dugaan dan cubaan
Akhira juga tempat yang abadi penuh dengan kebahagiaan
Seperti dijanjikan


Dengan nama-Nya
Ku pohon hidayah
Semoga aku tabah dan cekal menempuh segala ujian
Semakin teguh dan kental keimanan dan kesabaranku
Segala pujianku panjatkan pada-Mu
Agar hidup ini tidak tersasar dan tersimpang jauh
Dari rahmatmu
Terimalah taubatku..ibadahku..halalkan hidup dan matiku..
Amin..

TAK KENAL MAKA TAK CINTA..

Alangkah pelik dan ganjilnya kita hamba-hamba-Nya kerana tidak mempedulikan Allah Tuhan kita.tidak mahu mengenali-Nya,Tuhan yang Maha Hebat dan Agung itu.Sedangkan sebagai hamba Allah,Dialah yang paling patut kita kenali dan cintai.betapa ruginya kita kalau tidak mengenali Allah,Tuhan pencipta kita dan alam ini.Malanglah kita kerana tidak mengenali Pemberi nikmat dan Penguasa seluruh makhluk dan dunia ini.Kita berusaha untuk mengenal doctor,pengurus syarikat,menteri,atau lainnya agar dengan mudah kita akan dapat pertolongan mereka di saat-saat kita memerlukannya.Mengapa kita tidak berusaha mengemal raja seluruh langit dan bumi,dunia dan akhirat?Pada-Nya tertakluk segala perbendaharaan langit dan bumi.

Segala kebaikan yang kita buat kerana perintah allah,untungnya semua untuk kita juga.tapi,yang terpenting dari itu,orang yang mengenal Allah dan mencintai-Nya.akan jadi orang yang berakhlak mulia dan memiliki kebaikan-kebaikan yang hakiki.Orang yang kenal siapa Tuhannya,dia akan takut dengan Tuhan,takut untuk buat dosa.Sebaliknya,jika tidak kenal Tuhan,tentu kita tidak takut,jauh sekali untuk mencintai dan merindui-Nya.Lantaran itu kita tidak takut untuk bersifat sombong,hasad dengki,mencuri,mengumpat,mengadu domba dan lain-lain.Sebab,rasa dan sikap demikian hanya boleh dikikis oleh rasa takut pada Tuhan.Takut pada selain Allah,tidak mampu membuang sifat-sifat jahat yang ada pada manusia.Buktinya,ramai yang telah menjalani hokum penjara kerana melakukan kesalahan,apabila dibebaskan,masih terus hidup dan keluar masuk penjara.


Oleh itu marilah kita mengenal Allah dan mencintai-Nya,agar kita dapat mengabdikan diri sepenuhnya.Untuk itu kita perlu mengenali Allah melalui 20 sifat wajib,20 sifat mustahil,dan satu sifat yang harus.Mengenali Allah melalui sekurang-kurangnya 99 nama-Nya.Firman Allah:
“Dia-lah Allah yang menciptakan,Yang Mengadakan,Yang Membentuk Rupa,Yang Mempunyai nama-nama Yang Baik.Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Hasyr : 24 )


Memang patutlah kita sebagai hamba mengenali Allah sahaja jatuh cinta melalui merindui-Nya.Kebaikan Allah,kurniaan Allah yang begitu banyak,Pengasih-Nya,Pemurah-Nya,Pemaaf-Nya,dan Sabar-Nya sungguh mengkagumkan,maka patutlah kita memuji-Nya sepenuh hati.Sedangkan kebaikan manusia yang kebaikannya tidak seberapa pun kita sudah rela berkorban apa sahaja kerananya.inikan pula kepada Allah yang memberi segala-galanya.

Kita perlu akur bahawa hidup kita untuk berbakti kepada Allah,bukan untuk manusia.Sebab segala kebaikan yang kita buat kerana perintah Allah,namun untungnya semua untuk kita juga.

Umpamanya,orang yang khusyuk dalam solat akan terhindar dari terjebak dengan perbuatan yang keji dan mungkar.Orang yang sentiasa menderma akan disayangi oleh orang lain manakala rezekinya dilipatgandakan.Orang yang menutup aurat akan terselamat dari dicemari kehormatannya.begitu pun,Allah tidak mengambil faedah darinya,sedangkan kebaikan yang kita lakukan padaa seseorang,dia yang dapat untung,kita hanya dapaat upah sahaja.

Kita patut bersyukur kerana Allah izinkan kita mengenal-Nya,mengenal sifat dan nama-Nya.Agar dengan itu,tertanam rasa kehambaan dan dicampakkanrasa cinta agung kepada Allah.Nanti datanglah rasa takut yang sungguh-sungguh serta pengabdian diri yang total untuk menjalankan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

PSIKOLOGI MELAYU : SUMBANGAN ISLAM

Psikologi Melayu : Sumbangan Islam
Melayu tradisional adalah satu bangsa yang amat menekankan nilai-nilai sosial. Nilai-nilai ini dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak bagi memastikan kelakuannya bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Konsep ‘malu’, ‘harga diri’ dan ‘maruah’ mempunyai kepentingan sosial dan nilai-nilai ini dipertahankan habis-habisan.
Orang Melayu dahulu juga dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan hormat menghormati, terutamanya terhadap orang yang lebih tua dan pemimpin mereka. Penekanan terhadap adab dan kesopanan dapat diperhatikan dalam kehidupan beraja. Dalam Sejarah Melayu, dinukilkan betapa pentingnya seorang Sultan atau anak Raja memiliki akhlak yang mulia.
Bakal Sultan dilatih dan dididik agar berketrampilan di mata masyarakat. Di samping meneruskan satu imej sejak turun-temurun, maruah juga dipertaruhkan. Persepsi masyarakat ketika itu, seorang Sultan yang baik adalah Sultan yang mempunyai adab di samping sifat kebijaksanaan.
Budaya dan identiti masyarakat Melayu ketika itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang paling utama adalah kedatangan Islam ke alam Melayu. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara pada kurun ke-14 telah membawa perubahan ketara dalam peradaban masyarakat Melayu. Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, agama Islam sebenarnya telah mewujudkan identiti bangsa Melayu yang tersendiri.
Meneliti sejarah Kesultanan Melayu Melaka, kita akan mendapati permulaan satu bangsa Melayu yang bertamadun. Bermula dengan Islamnya pemimpin Melayu ketika itu, dan tindakan itu kemudiannya diikuti oleh sekalian rakyat jelata. Orang Melayu juga amat menyanjung dan menghormati golongan alim ulama dan tokoh agama. Guru-guru di zaman awal kemerdekaan dianggap sebagai profesion yang amat mulia dan disanjung tinggi.
Kehalusan budi orang Melayu yang disulam dengan keiklasan iman turut diabadikan di dalam perkataan ‘budiman’ yang mencantumkan makna budi dan iman. Budaya dan tradisi bangsa Melayu bukan sekadar disesuaikan dengan ajaran Islam, bahkan budaya itu sendiri dibina berasaskan nilai-nilai Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan sistem nilai orang Melayu hampir keseluruhannya dibentuk oleh Islam.
Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui pengaruh Islam terhadap nilai dan etika Melayu melalui buku kontroversi beliau, The Malay Dilemma. Namun, menurutnya, interpretasi yang salah terhadap agama telah menyebabkan orang Melayu terjebak dengan sikap-sikap yang lari daripada landasan agama seperti tidak berani mengambil risiko, tidak tahu merancang dan berpada dengan hidup yang sederhana. Menurutnya lagi, budaya juga merupakan antara sebab orang Melayu kian mundur berbanding bangsa lain. Budaya yang dimaksudkannya ini berpunca daripada faktor persekitaran dan bukan sifat semulajadi orang Melayu.
Antara sikap yang diperincikan Tun Dr. Mahathir adalah sikap ‘easy going’ atau sikap ‘tak mengapa’ yang menyebabkan bangsa Melayu terkebelakang dalam bidang perniagaan berbanding bangsa Cina. Sikap ini juga menyebabkannya mudah dieksploitasi dan menyerah kalah. Orang Melayu juga sering mahukan keuntungan segera serta tidak tahu menilai wang. Perkara yang sama telah diungkapkan oleh Profesor DiRaja Ungku Aziz iaitu orang Melayu hanya tahu sesuatu perkara itu banyak atau sedikit tetapi tidak tahu nilai nombor tersebut.
Dalam buku The Way Forward, Tun Dr. Mahathir telah menyalahkan penjajah di atas sikap negatif orang Melayu. Dasar pecah dan perintah British telah melemahkan masyarakat Melayu dari segenap penjuru. Berbeza pula dengan pandangan Datuk Dr. Hassan Ahmad, bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang percaya sikap malas bekerja, suka berpesta dan berpoya-poya orang Melayu adalah ciptaan penjajah Barat yang memandang rendah terhadap masyarakat Melayu atau dalam istilah mereka ‘the natives’ yang merujuk kepada masyarakat yang tidak bertamadun. Persepsi negatif terhadap orang Melayu ini pula terus dipegang oleh orang Melayu sendiri sehingga hari ini.
Menurut Dr. Sidek Fadzil, rasa tidak selamat terhadap kuasa Barat turut mendorong orang Melayu menjadi lebih Islamik. Maka sekitar 1950-an muncul nama-nama seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Pendeta Za’ba dan Profesor Zulkifli Muhammad, cendekiawan Melayu berfahaman Islam moderat yang menyemarakkan kebangkitan semula orang Melayu. Mereka adalah antara tokoh-tokoh orang Melayu yang menentang kehadiran British di Tanah Melayu ketika itu. Kesedaran untuk mengubah nasib bangsa ini sekali lagi disemarakkan oleh sentimen kebangkitan Islam selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniah.

PERBEZAAN PSIKOLOGI ISLAM DAN PSIKOLOGI BARAT

Perbezaan Psikologi Islam dan Psikologi Barat
lyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) mengatakan bahawa Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains sosial (cIlm al-cumran), iaitu sekitar tahun 1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa’, ada membincangkan akal, kewujudannya, hubungan akal dan tubuh, perasaan dan persepsi (Husain t.th.).
Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai faktor utama kepada tingkah laku (Husain t.th.).
Menurut Abdul Hameed Al Haslimi (1984) dari Universiti King Abdul Aziz, Al-Ghazali adalah orang yang mula-mula memberi istilah kepada kajian akal atau kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah yang sama (psikologi). Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi (Husain t.th.).
Al-Ghazali menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan keperluan-keperluan badan (Husain t.th.). Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan Barat tanpa memberikan kredit kepada pengasas ilmu tersebut.
Habibah dan Noran (1997) menyatakan bahawa dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal.
Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total kepada Allah (Mohd Nasir 1992). Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi lompang kekosongan dan mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat (Husain t.th.).
Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain (Abdul Hamid 1989). Menurut Abdul Hamid (1989), penyelidikan mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut:
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar” (Al-Quran: Al-Fussilat: 53)
“Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri” (Al-Quran: Al-Dhariyat: 20-21).
Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa (Fromm, 1950). Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku. Menurutnya lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat. Menurut Mahyudin Yahaya (1986):
Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut dalam bentuk bersepadu, dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik (hlm. 64).
Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin juga sebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang (Malik Badri 1980) kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali

KAWAL EMOSI DAHULU.....

Manusia adalah makhluk yang beremosi. Secara umumnya kaum wanita lebih emosi berbanding lelaki. Ini bukanlah satu kelemahan, tetapi satu kelebihan. Melalui limpahan emosi inilah, wanita menjadi tonggak sebuah negara dengan kekuatan membesarkan anak-anak yang memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.
Oleh kerana lelaki kurang beremosi, ia menghadapi kesukaran untuk menjadi suri rumah dan mendidik anak-anak di rumah. Namun, sebenarnya kurangnya emosi di kalangan kaum lelaki juga bukan tanpa kekurangan, malah satu kekuatan. Sebagai pemimpin dalam keluarga, organisasi atau negara, lelaki adalah insan yang diberi amanah mentadbir dan diberi kuasa membuat keputusan. Sesuatu keputusan seharusnya dibuat tanpa mencampur-adukkan emosi ke dalamnya.
Sun Tzu, seorang pakar strategi perang di China suatu ketika dahulu menyarankan agar seorang Jeneral perang melepaskan diri dari pengaruh emosi apabila hendak membuat sesuatu keputusan. Ini kerana jika seseorang berada dalam pengaruh emosi, persepsi terhadap sesuatu perkara akan terjejas. Ia tidak menggambarkan realiti sebenar. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud bahawa orang yang paling kuat adalah yang paling kuat menahan sifat marah. Marah adalah satu luahan emosi. Ia meletakkan nafsu di hadapan dan akal di belakang. Oleh itu, menahan kemarahan dikira sebagai satu kebijaksanaan oleh baginda.
Begitulah perancangan Allah. Dia letakkan emosi pada lelaki dan wanita dalam kuantiti dan nisbah yang sempurna. Bersesuaian dengan tugas dan peranan mereka. Allah juga tidak menjadikan sesuatu perkara untuk menyusahkan, bahkan sebagai suatu kekuatan jika kita tahu cara menggunakannya. Allah berikan kita alat, terpulang kepada kita hendak menggunakannya dengan cara yang bagaimana

BAGAIMANA MENGATASI PERASAAN MARAH?

Seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Darda' r.a pernah bertanya kepada Rasulullah:
“ Wahai Rasulullah,tunjukkan kepada saya satu amalan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga”.Jawab Rasulullah: “Janganlah kamu marah”.


Insyaallah dalam ruangan ini saya akan berkongsi beberapa cara yang dapat dilakukan untuk menghilangkan atau mengurangkan marah.Antaranya ialah:
Anda boleh meluahkan perasaan marah anda,tetapi secara wajar(tegas,yakin,dan terkawal).Ia merupakan cara yang paling baik dan berkesan.Untuk melakukannya,anda mesti mengetahui cara bagaimana untuk meluahkan apa yang anda rasai.Anda seharusnya tahu apa kehendak diri dan bagaimana memenuhinya tanpa mengakibatkan kecederaan pada orang lain.Bersikap tegas pula bukan bermakna menolak atau terlalu menuntut,tetapi ia membawa maksud menghormati diri sendiri dan juga orang lain.
Cara kedua ialah dengan menahannya,iaitu dengan tidak memikirkan perkara atau peristiwa tersebut dan mengalihkan perhatian anda kepada hal lain.Tujuannya adalah untuk mengubah perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina.Namun apabila anda mengambil keputusan untuk menahan kemarahan anda, ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri kerana anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan akibat dari perasaan yang anda pendam.
Cara yang ketiga pula dengan menenangkan diri,ia boleh dilakukan dengan dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan
kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Seterusnya kita lihat lagi beberapa tip untuk menenangkan perasaan:
1. Perbanyakkanlah baca al-Quran dan zikrullah,kerana kedua-duanya merupakan kunci kepada ketenangan jiwa.
2. Perbanyakkanlah solat,kerana solat juga membina rasa ketenangan di jiwa,menghubungkan hamba dangan Tuhannya,menghakis perasaan ego dan sombong,dan meningkatkan keyakinan dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini.
3. Berwuduk,sebagaimana sabda Rasulullah:“Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api.Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air.Oleh kerana itu,apabila salah seorang kamu merasa marah maka hendaklah ia berwuduk”.
4. Memohon keampunan dan perlindungan kepada Allah daripada terjebak dalam kemarahan yang tidak kena pada tempatnya.
5. Berfikirlah secara positif,jangan buang masa memikirkan kebimbangan dan tekanan,kerana ia hanya akan menambahkan kerungsingan dalam diri.
6. Ingat hari pembalasan,seteruk mana pun perbuatan seseorang,pasti akan mendapat pembalasan di akhirat kelak.

Insyaallah,dengan mengikuti beberapa langkah diatas,moga-moga kita terhindar dari melakukan perkara-perkara yang tidak diingini akibat dari perasaan marah yang meluap-luap

EMOSI MANUSIA

“Emosi” dan “perasaan” merupakan dua perkataan yang berbeza,namun pada hakikatnya mempunyai maksud yang serupa.Ia merupakan anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya kepada kita supaya kita dapat mengimbangi kewarasan akal fikiran.Adanya emosi yang pelbagai menjadikan hidup kita lebih menarik dan penuh kejutan!
Terdapat dua jenis emosi,iaitu emosi positif dan emosi negatif,kedua-duanya sentiasa wujud dalam diri menusia yang normal.Apa yang menjadi keutamaan ialah,emosi positif perlulah ditingkatkan manakala emosi negatif perlu dikawal.Seseorang yang matang sudah tentu mampu mengawal emosinya dan meletakkannya dalam kedudukan yang paling baik.
Dalam hal ini,terdapat kaitan yang kuat antara motivasi dan emosi.Motivasi biasanya dipengaruhi oleh hati,hinggakan apabila motivasi mahukan sesuatu dan kemahuan itu ditunda,akan terjadilah atau terbitlah suatu perasaan yang kurang enak.Manakala apabila kehendak motivasi itu dipenuhi,akan terbitlah suatu perasaaan yang menyenangkan.Ini kerana emosi mengarahkan suatu perilaku seperti motivasi.
Dalam Al-Quran terdapat penerangan yang jelas mengenai bentuk-bentuk emosi yang dirasakan seseorang,antaranya seperti gembira,marah,cinta,benci,cemburu,dengki,penyesalan,malu,dan hina.
EMOSI TAKUT
Emosi takut merupakan sebahagian daripada emosi-emosi penting dalam hidup manusia.Pentingnya emosi takut di sini kerana ia membantu seseorang untuk takut pada merbahaya yang mengancamnya.
Manfaatnya tidak hanya terbatas pada perlindungan dari bahaya yang mengancamnya dalam kehidupan duniawi,bahkan untuk mendorong seseorang Mukmin kepada perasaan takut terhadap Allah swt dalam kehidupan akhirat kelak.
Takut pada azab Allah menghalang seorang mukmin dari melakukan maksiat,lantas terus berpegang teguh dengan takwa dan keteraturan dalam beribadah kepada Allah dan amalan-amalan yang membawa kepada keredhaan Allah swt.Firman Allah :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,maka bergetarlah hati mereka.Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,bertambahlah iman mereka (kerananya).Dan kepada Allahlah mereka bertawakkal.
(Al-anfal :2)
Menurut Dr Muhammad ‘Utsman Najati di dalam buku “Jiwa Manusia dalam Sorotan Al-Quran”,emosi takut adalah keguncangan yang tajam dan melingkupi seseorang secara keseluruhan.Al-Quran mendefinasikan keguncangan ini dengan keguncangan yang amat dasyat,yang mampu untuk menggoncangkan orang dengan sangat keras sehingga menghilangkan kemampuan untuk berfikir dan juga penguasaan atas diri sendiri.Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab:10-11 yang bermaksud:
“(yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu.Juga ketika tidak tetap lagi penglihatan(mu) dan hatimu naik menyesak sampai ke tenggorokan.Lalu kamu menyangka terhadap Allah dengan bermacam-macam prasangka.di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang sangat (dasyat).
Apabila rasa takut yang ada sangat kuat dan menyergap(muncul) dengan tiba-tiba,maka orang yang merasakan hal tersebut akan merasa bingung untuk beberapa ketika,dan saat itu,mereka tidak mampu berfikir.Al-Quran telah menunjukkan situasi kebingungan yang ditimbulkan oleh rasa takut yang sangat kuat dan tiba-tiba menyergap manusia,pada saat menggambarkan situasi pada hari kiamat kelak.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sebenarnya (azab)itu akan datang kepada mereka dengan sekonyong- konyong (tiba-tiba,tanpa diduga sebelumnya) lalu mereka menjadi panik,hingga mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak (pula) mereka diberi tangguh”. (surah Al-Anbiya’:40)
Apabila seseorang berhadapan dengan bahaya dan rasa takut menguasainya,maka setiap perhatian akan tertumpu pada bahaya tersebut dan berusaha untuk menyelamatkan dirinya,perhatian pada perkara lain sudah tidak ada lagi.Allah berfirman :
“Apabila datang suara yang memekakkan(tiupan sangkakala yang kedua).Yaitu pada hari ketika manusia lari dari saudaranya,dari ibu dan bapanya,dari isteri dan anak-anaknya.Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkan”. (Surah ‘Abasa :33-37)
Emosi takut biasanya disertai dengan adanya perubahan-perubahan yang banyak pada fungsi-fungsi fisiologi seperti pada mimik muka,nada suara dan keadaan tubuh.
Biasanya seseorang akan merespon situasi-situasi berbahaya yang mengancamnya dengan menjauhi dan lari dari bahaya tersebut.Al-Quran mengambarkan orang-orang kafir dari kaum yang tersahulu,yang ditimpakan azab oleh Allah kerana mendustakan para nabi mereka sehingga mereka dikuasai oleh perasaan panik dan dengan cepat lari dari azab-Nya.Firman Allah :
“Berapa banyak (penduduk) negeri yang alim,yang telah Kami binasakan;dan kami adakan sesudah mereka itu kaum yang kain(sebagai penggantinya).Maka tatkala mereka merasakan azab Kami,tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya.”
Al-Quran menggambarkan rasa takut orang munafik dan kesukaan mereka untuk lari dari orang mukmin,sebagaimana dijelaskan dalam
firman Allah:
“Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah,bahawa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu.Padahal,mereka bukanlah dari golonganmu,akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut(kepadamu,nabi).Jika mereka memperoleh tempat perlindungan atau gua-gua,atau lubang-lubang(dalam tanah),nescaya mereka pergi kepadanya dengan secepat-cepatnya”. (Surah At-Taaubah:56-57)
Firman-Nya lagi:
“Lalu aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu”. (Surah Asy-Syu’ra:21)
“Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut,waspada(kalau ada yang menyusul atau menangkapnya),dia berdoa “Ya Tuhanku,selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu”. (Surah Al-Qashash)
Al-Quran juga melukiskan rasa takut Nabi Musa a.s saat baginda melihat tongkatnya berubah menjadi ular,dan baginda lari tanpa menoleh.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah:
“Dan lemparkanlah tongkatmu.Maka tatkala(tongkat itu menjadi ular dan)Musa melihatnya bergerak-gerak seperti seekor ular yang gesit,maka larilah ia(Musa) berbalik ke belakang tanpa menoleh.Hai Musa janganlah kamu takut.Sesungguhnya orang yang dijadikan Rasul tidak takut di hadapan-Ku”. (Surah An-Naml:10)
Sesungguhnya sangat banyak perkara yang ditakuti oleh manusia.Sebahagiannya disebutkan dalam Al-Quran seperti rasa takut kepada Allah,takut kepada maut dan takut kepada kemiskinan.
Rasa takut kepada Allah merupakan suatu yang paling penting dalam kehidupan Mukmin.Rasa itu mendorongnya selalu bertakwa kepada Allah dan mencari keredhaan-Nya,juga mengikuti jalan-Nya dan meninggalkan larangannya.rasa takut kepada Allah dianggap sebagai rukun dalam beriman kepada-Nya.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.Balasan mereka disisi Rabb mereka ialah syurga ‘Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Mereka kekal di dalamnya selama-;amanya.Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha terhadap-Nya.Yang demikian itu adalah(balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya”. (Surah Al-Bayyinah : 7-8)
Firman-Nya lagi yang berbunyi:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila di sebut nama Allah,maka bergetarlah hati mereka.Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,bertambahlah iman mereka (kerananya).Dan kepada Allahlah mereka bertawakkal. (Surah Al-Anfal : 2)
Katakanlah,“Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar jika aku derhaka kepada Rabbku”. (Surah Az-Zumar : 13 )
Ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai perasaan takut manusia kepada maut seperti firman Allah dalam surah Al-Jumu‘ah : 8 :
“Katakanlah,sesungguhnya kematian yang kalian lari darinya,adalah sesungguhnya kematian itu (pasti) akan menemui kalian.
Sungguhnya keimanan yang kuat kepada Allah sudah pasti akan membebaskan manusia dari perasaan takut kepada maut.Mereka yakin sepenuhnya bahawa maut akan memindahkannya ke kehidupan akhirat yang kekal,dimana di dalamnya terdapat kenikamatan berupa rahmat dan keredhaan dari Allah.Jika ada Mukmin yang berasa takut kepada maut,hakikatnya ia takut tidak akan mendapat keampunan dari Allah.
Takut pada maut sudah tentu lebih kuat bagi sesiapa yang telah membuat maksiat kerana mereka bimbang maut akan menjenput sebelum sempat mereka bertaubat.Nauzubillah..
Perasaan takut kepada Allah mampu untuk memotivasikan seseorang yang beriman untuk menjalankan tugas penting dan bermanfaat dalam kehidupan (manusia) pada umumnya.Juga akan menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan maksiat dan sentiasa melakukan amalan soleh dan beribadat kepada-Nya.Dengan itu mereka dilindungi dari amarah dan azab Allah.Insyaallah..
EMOSI MARAH
Al-Quran menyebutkan penggunaan kekuatan ini dalam menghadapi orang-orang kafir yang menentang Islam,yakni kekuatan yang timbul kerana rasa marah apabila dihalang dalam menempuh jalan Allah,dan dalam menjalankan dakwah di jalan-Nya
Firman Allah :
Muhammad itu adalah utusan Allah,dan orang-orang yang bersama dengan ia adalah tegas terhadap orang-orang kafir,akan tetapi berkasih-sayang terhadap sesama mereka.(Surah Al-fath:29)
Hai Nabi,perangilah orang-orang kafir serta orang-orang yang munafik,dan bersikap tegaslah terhadap mereka.tempat mereka adalah neraka Jahannam;dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah At-Tahrim:9)
Al-Quran menceritakan perihal marahnya Nabi Musa ’Alaihissalam saat baginda kembali kepada kaumnya dan mendapati mereka menyembah sapi dari emas yang dibuat oleh as-Samiri.
Firman Allah :
Dan tatkala Musa telah kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih hati,maka berkatalah ia,“Alangkah buruknyaperbuatan yang kalian kerjakan sesudah kepergianku!Apakah kalian hendak mendahuluijanji Rabb kalian?” Dan Musa pun melemparkan luh-luh(Taurat) itu serta memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya kearahnya.Harun berkata,“Hai anak ibuku,sesungguhnya kaum ini telah mengganggapku lemah,dan hampir-hampir mereka membunuhku.Sebab itu,janganlah kamu menjadikan musuh-musuh gembira melihatku,dan janganlah kamu masukkan aku ke dalam golongan yang zalim.”
(Surah Al-A’raf :150)
Berkata musa, “Hai Harun,apa yang menghalang kamu ketika kamu telah melihat mereka telah sesat?(Sehingga) kamu tidak mengikuti aku? Maka apakah kamu telah (sengaja) mendurhakai perintahku?” Harun menjawab, “Hai putera ibuku,janganlah kamu pegang rambutku dan janganlah(pula) kepalaku,sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan berkata kepadaku, ‘Kamu telah memecah antara bani Israil dan kamu tidak pula memelihara amanatku.’ ”
Saat emosi marah menguasai diri,seseorang tidak mampu untuk berfikiran waras dan menerima kebenaran.Kadang-kadang terkeluar darinya ucapan atau tindakan yang berbau permusuhan,dan apabila marahnya telah reda,dia menyesali perbuatannya itu.Seperti kisah Nabi Musa yang telah memohon ampun dari Allah atas perbuatannya terhadap saudaranya,Harun.wallahua’lam..